Hai hai hai.. Bertemu kembali... Ops.. Lupa la.. Salam Mawaddah...

Satu hari di waktu malam?? Hehehe.. Kami ( Aku, Wani, Ain, Naimah dan Ikin ) Pergi makan-makan kat Sriwangsa Seafood.. Best jugak makanan kat situ.. B4 makan n masa makan sempat lagi bergambar tu.. Hehehe.. Tak jauh pun.. Juz depan UDM ni jer.. Saje.. Da boring makan kat cafe kat kampus ni.. skali skala ubah slera pe salahnye.. Huhuhu...


.:: Jalan-jalan + makan-makan = jalan-jalan cari makan ::.


.:: Makanan kami = Besssttttt + yummy yummy yummm::.


.:: Situasi ketika dan selepas makan ::.


Salam...

Tanggal 26 Ogos 2008 iaitu pada apgi Selasa, kami semua pelajar UDM dikerahkan ke Dewan Al-Muktafibillah Shah (DABS) untuk mendengar amanat dari Kementerian Pengajian Tinggi (KPT). Ini la first time aku tengok DABS penuh dengan ribuan pelajat sampai duk kat tangga.. Fuhh.. Hebat... Kelas pun dibatalkan pada pagi tu...

Masa manunggu ketibaan VIP, kami sempat didendangkan dengan dikir barat dan macam2 la.. Sronok jugak..hehehe.. Tapi mengatuk la.. Tu tak tumpu sangat.. Biasa la awal pagi..

Tepat jam 9.00 pagi VIP tiba, nyanyi lagu Negaraku dan lagu UDM.. Then dengar amanat dari KPT secara langsung dari UKM.. Tersekat-sekat lak tu.. Aduhhhh.. boring nyer.. 45 minutes later habis la ucapan tu n berduyung2 la student keluar.. Tamat la kisah Selasa yang boring... daaaa..
Assalamualaikum.. Salam Sya'ban...
Seminggu sahaja lagi, kita akan menyambut Bulan yang mulia iaitu bulan Rmadhan al-Mubarak.. Sahabat-sahabat sekalian mari sama-sama kita renungkan doa Malaikat Jibril ini.. :-

Do'a malaikat Jibril menjelang Ramadhan"Ya Allah tolong abaikan puasa ummat Muhammad, apabila sebelum memasuki bulan Ramadhan dia tidak melakukan hal-hal yang berikut:

1.Tidak memohon maaf terlebih dahulu kepada kedua orang tuanya (jika masih ada)

2.Tidak berma'afan terlebih dahulu antara suami isteri

3. Tidak bermaafan terlebih dahulu dengan orang-orang sekitarnya.


Maka Rasulullah pun mengatakan Amiin sebanyak 3 kali. Dapatkah kita bayangkan, yang berdo'a adalah Malaikat dan yang meng-amiinkan adalah Rasullullah dan para sahabat , dan dilakukan pada hari Jumaat.

Oleh itu maaf di pinta jika saya ada berbuat kesalahan, baik yang tidak di sengaja maupun yang di sengaja , semoga kita dapat menjalani ibadah p
uasa dengan penuh keberkatan. Wallahua'lam


JUSTERU ITU, AKU INGIN MEMOHON AMPUN DAN MAAF KEPADA SAHABAT-SAHABAT DAN RAKAN-RAKAN SEKALIAN SEANDAINYA ADA TERSALAH KATA DAN TERSILAP PERBUATAN YG MENYINGGUNG HATI SAMA ADA SENGAJA ATAU TIDAK. SESUNGGUHNYA, AKU HANYA LAH MANUSIA YANG LEMAH SERBA SERBI DAN TAK LEKANG DARI MEMBUAT KESILAPAN. SEKALI LAGI AMPUN DAN MAAF. SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN AL-MUBARAK!!
Salam Ukhuwah buat semua sahabat-sahabat.. Rasanye da lame sangat tak menulis dalam blog ni..

Skang aku nak cerita skit2 la pengalaman handle MISWAN.. MISWAN ni sebenarnya singkatan dari MINGGU KEUSAHAWANAN SISWA.. Nama ni sebenarnya diberikan oleh mantan KKU, RajT Suffian.. bile da bekerjasama ngan MPP tukar kepada MINGGU KEUSAHAWANAN DAN KERJAYA SISWA 08.. Tapi MISWAN da sebati ngan diri kami semua.. hehehe


Lau nak tau lebih lanjut pe aktivi sepanjang MISWAN boleh ziarah blog KKU dan komen la ape yang patut supaya kami dapat perbaiki mane yang rosak.. Let me story serba sedikit pe yang berlaku sepanjang aku handle MISWAN....


Aku tak reti la nak story cam ne.. huhuhu.. erm ok la.. Untuk pengetahuan sahabat semua aku ingatkan MISWAN ni da tak jadi coz clash ngan banyak program.. n program ni betul-betul last minit la.. Memang handle program ni mencabar minda dan fizikal betul la... ;) Kadang cam nak give up ade..hehehe.. ye la.. ngan study lagi.. Tapi adat la lau nk sangat jd pemimpin.. Ambik kau...huhuhu

Program yang paling best sepanjang MISWAN ni ialah ENTREPRENEUR RACE.. Fuhh.. Nak kate mencabar tu tak dek la sangat tapi sronok tengok diorang bekerjasama solve their problems n creat their own compony.. Cam benda tu real sangat2.. Aku sonok sangat tengok mase kat last checkpoint, bakal2 usahawan ni kene selesaikan satu puzzle inovasi.. Memang susah la.. Ni idea Ustaz Farid..hehehe.. Ingatkan diorang tak dapat buat tau.. Terkezut jugak ade satu group tu boleh solve that puzzle dalam mase 15 minit jer..

Sepanjang program ni banyak la berlaku kekecohan.. Biasala... Tapi Alhamdulillah.. Semangat dan komitmen yang ditunjukkan oleh MT dan Exco KKU amat membanggakan walaupun ade la sorang dua ade jd sleeping partner..hehehe.. Thanks kepada semua yang terlibat dalam menjayakan MISWAN ni..

Ade jugak perkara yang sedih dan mengecewakan.. Mase malam penutup tu... sob sob sob..sedey laaaaa... Tak dek orang rasmi penutup.. waaaaaaaaaa... tapi tetap meriah ngan persembahan nasyid.. To Abang Shah thanks ya.. Tp x puas ati coz x nyanyi lagu Ajibtu..huhu.. To all sekreteriat MISWAN tq coz sudi memeriahkan malam penutup MISWAN.. Jasa u all amat saya hargai... Sonok jumpe korang sume.. mmuah!!

Lastly I hope kepimpinan akan datang dapat buat aktiviti yang keusahawan dengan lebih fokus dan teliti.. Keutamaan kepada ahli adalah sangat penting kerana ahli adalah aset terpenting dalam kelab.. Chaiyok KKU!!


.:: First Day - Perasmian ::.
.:: Dirasmikan oleh : Dr Ramle bin Abdullah, Ketua Pusat Pengurusan Penyelidikan dan Inovasi UDM ::.

.:: Mase perasmian ni kelam kabut sangat2.. Ye la persiapan buat pagi tu coz malam sebelumnya penutup FKI.. huhuhu.. Pas perasmian ni perlepasan peserta entrepreneur race.. Tapi gambar tak dek lagi.. Nanti aku upload lain untuk tatapan sahabat semua.. K?? ::.


.::First day.. Kene jaga laptop..huhu.. Sempena perasmian MISWAN ::.
.::B4 nyanyian lagu UDM dan GEMURUH::.

.:: Huhuhu.. Patut ni keje Usop.. bukan aku.. waaaa.. kelam kabut giler coz aku x tau mane depa letak lagu untuk perasmian... Pe la Usop.. Dia pi jadi jurugambar plak..Aduh!! Usop Usop... Tapi tak pe la.. Oleh kerana mg banyak tolong aku, aku maafkan..hehehe ;) ::.


.:: Second Day.. Petang.. Pertandingan monopoly ::.
.::We won this game.. yea!! ::.

.:: Nak tau cam ne kami boleh sertai game ni?? Hehehe.. Sebab tak ramai peserta ambik bahagian.. So, kami masuk la.. hahaha.. Menang plak tu.. Tak sangka la sebab salah sorang ahli kami bankrup.. Aduh.. Sronok giler.. ::.


.:: Second day..Malam...Kuiz Keusahawanan - OTH 06 ::.
.:: Sekreteriat yang menjayakan Pertandingan Kuiz Keusahawanan ::.
.:: Love u all.. Muakss!! ::.

.:: Pengarah kuiz: Hazwani.. Tapi ade class malam tu.. Jadi aku handle la.. erm soalan based on keusahawanan yang umum.. Boleh dikatakan susah jugak la soalan tu.. aku pun ade tak bleh jawab.. Tp terror la depa sume.. Memang boleh jawab.. Tahniah kepada para pemenang ::.



.:: Peserta yang menyertai Kuiz Keusahawanan, terdiri dari warga UDM ::.


.:: Hakim ::.
.:: Maisarah, Fatehah dan Mimie Maria ::.


.:: Third day - Seminar Keusahawanan dan Kerjaya - DABS ::.
.:: Me wif secreteriats who were work too hard to make sure that all da programmes been successful.. Thanks for helping us.. ::.

.:: Banyak info aku dapat dari seminar yang disampaikan oleh YPU ::.


.:: Forth day - Seminar Rasuah - KH 01 .::
.:: Me wif Asma' yang banyak membantu sepanjang program berjalan ::.
.:: Jasamu sangat aku hargai ::.

.:: Klakar sangat2.. Seminar penubuhan syarikat boleh bertukar jadi Seminar: Rasuah dan Pecah Amanah di kalangan Pengarah Syarikat - Paduan untuk bakal-bakal usahawan di sampaikan oleh Puan Asiah dari Fakulti Undang-undang dan Hubungan Antarabangsa (FUHA).. Tak dapat banyak sangat input yang aku dapat.. huhuhu ::.


.:: Fifth day - Last day ::.
.:: All da secreteriat MISWAN ::.
.:: Tq, kerana menjayakan MISWAN dengan jayanya.. Tanpa kalian semua kami memang tak mampu untuk meneruskan program.. Kalian la tunggak kejayaan program kami.. ::.

.:: Sonok tengok depa makan :) ::.




Seorang hamba sahaya bernama Tsauban amat menyayangi dan merindui Nabi Muhammad saw. Sehari tidak berjumpa Nabi, dia rasakan seperti setahun. Kalau boleh dia hendak bersama
Nabi setiap masa. Jika tidak bertemu Rasulullah, dia amat berasa sedih, murung dan seringkali
menangis. Rasulullah juga demikian terhadap Tsauban. Baginda mengetahui betapa hebatnya kasih sayang Tsauban terhadap dirinya.

Suatu hari Tsauban berjumpa Rasulullah saw. Katanya ".Ya Rasulullah, saya sebenarnya tidak sakit, tapi saya sangat sedih jika berpisah dan tidak bertemu denganmu walaupun sekejap. Jika dapat bertemu, barulah hatiku tenang dan gembira sekali. Apabila memikirkan akhirat, hati saya bertambah cemas, takut-takut tidak dapat bersama denganmu. Kedudukanmu sudah tentu di syurga yang tinggi, manakala saya belum tentu kemungkinan di syurga paling bawah atau paling membimbangkan tidak dimasukkan ke dalam syurga langsung. Ketika itu saya tentu tidak bersua muka denganmu lagi."

Mendengar kata Tsauban, baginda amat terharu. Namun baginda tidak dapat berbuat apa-apa kerana itu urusan Allah. Setelah peristiwa itu, turunlah wahyu kepada Rasulullah saw, bermaksud "Barangsiapa yang taat kepada Allah dan RasulNya, maka mereka itu nanti akan bersama mereka yang diberi nikmat oleh Allah iaitu para nabi, syuhada, orang-orang soleh dan mereka yang sebaik-baik teman." Mendengarkan jaminan Allah ini, Tsauban menjadi gembira semula.

MORAL & IKTIBAR

Cinta kepada Rasulullah adalah cinta sejati yang berlandaskan keimanan yang tulen. Mencintai Rasul bermakna mencintai Allah. Kita bersama siapa yang kita sayangi. Jika di dunia sayangkan nabi, insyaAllah kita bersama nabi di akhirat nanti. Hati yang dalam kecintaan terhadap
seseorang akan merasa rindu yang teramat sangat jika tidak bertemu. Pasangan sahabat yang berjumpa dan berpisah kerana Allah semata-mata akan mendapat naungan Arasy di hari
akhirat kelak. Rasulullah amat mengetahui mana-mana umatnya yang mencintai baginda, meskipun baginda sudah wafat. Rasulullah memberi syafaat kepada sesiapa di antara umatnya yang mengasihi baginda.

Sebaik-baik sahabat ialah mereka yang berkawan di atas landasan keagamaan dan semata-mata kerana Allah.

Assalamualaikum Warahmatullah.

Jika dihitung umur kita di dunia ini dengan amalan kebajikan yang kita telah kerjakan maka sudah pastilah amalan kebajikan yang kita pernah kerjakan amatlah sedikit sekali jika dibandingkan dengan dosa-dosa kita. Bagaimanakah rasanya jika kita dihadapkan di hadapan Allah Taala dengan dosa-dosa yang melimpah-ruah? Sedangkan kita diberikan kesempatan yang begitu luas di dunia ini untuk bertaubat dan kembali kepadaNya. Mungkin dengan tulisan ringkas ini akan memberikan peringatan kepada saya dan orang lain untuk sama-sama kita bertaubat di atas segala dosa samada dari dosa kecil ataupun dosa besar.

Tulisan ringkas ini juga bertujuan untuk memberi kefahaman yang lebih mendalam kepada para sahabat yang pernah meminta penjelasan dari saya dalam persoalan ini. Semoga kita semua mendapat manfaat. InsyaAllah.

PENGERTIAN TAUBAT

Taubat memberi pengertian kembali daripada apa-apa yang tercela di sisi syarak kepada apa-apa yang terpuji di sisinya.

ANTARA DALIL-DALIL TAUBAT

Firman Allah Taala bermaksud:
Dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah wahai orang-orang yang beriman agar kamu beruntung.
(Surah an-Nur: ayat 31).

Firman Allah Taala bermaksud:
Mohonlah keampunan dari tuhanmu lalu bertaubatlah kepadaNya.
(Surah Hud: ayat 52).

Firman Allah Taala bermaksud:
Wahai orang-orang beriman bertaubatlah kepada Allah dengan taubat nasuha (yang semurni-murninya).
(Surah at-Tahrim: ayat 8).

Sabda Rasulullah S.A.W. bermaksud:
Wahai manusia bertaubatlah kamu kepada Allah dan beristigfarlah kepadaNya sesungguhnya aku bertaubat dalam sehari seratus kali.
(Riwayat Muslim).

HUKUM DAN SYARAT-SYARAT TAUBAT

Berkata Imam Nawawi:

Taubat daripada segala dosa adalah wajib. Sekiranya maksiat tersebut hanya di antara hamba dan Allah Taala iaitu tidak berhubungkait dengan hak-hak anak Adam maka terdapat tiga syarat:

1) Meninggalkan maksiat.

2) Menyesal dengan perlakuan tersebut.

3) Berazam tidak akan mengulanginya lagi untuk selama-lamanya.

Sekiranya gugur salah satu daripada syarat tadi maka taubat tersebut tidak sah. Jika maksiat itu berkaitan dengan anak Adam maka syaratnya ada empat iaitu tiga yang disebutkan tadi dan keempatnya ialah pelepasan daripada tuan empunya. Jika harta atau sebagainya maka hendaklah dikembalikan kepada tuannya. Jika ia termasuk hak-hak anak Adam tidak kira apa jua seperti had menuduh atau seumpamanya maka hendaklah minta dihalalkan daripadanya. Dia juga wajib bertaubat daripada segala dosa.

Di antara syarat-syarat lain ialah meninggalkan kawan-kawan yang jahat serta menjauhkan diri daripada orang-orang yang fasik yang boleh menggalakkan seseorang itu melakukan maksiat dan menjauhkan daripada taat. Kemudian bergaullah dengan orang-orang yang baik lagi jujur.

Firman Allah Taala bermaksud:
Sesungguhnya taubat di sisi Allah hanyalah taubat bagi orang yang mengerjakan kejahatan lantaran kejahilan yang kemudian mereka bertaubat dengan segera. Maka mereka itulah yang diterima Allah taubatnya dan Allah Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana. Dan tidaklah taubat itu diterima Allah daripada yang mengerjakan kejahatan (yang) hingga datang ajal kepada seseorang di antara mereka barulah ia mengatakan: Sesungguhnya sekarang saya bertaubat. Dan tidak pula (diterima taubat) orang yang mati sedang mereka dalam kekafiran. Bagi orang itu sudah kami sediakan seksa yang pedih.
(Surah an-Nisa: ayat 17 dan 18).

TAUBAT ORANG AWAM

Adapun ahli tasawuf bukan sahaja tertumpu kepada taubat daripada maksiat kerana pada pandangan mereka ia adalah taubat orang awam. Bahkan mereka bertaubat lebih dari itu iaitu bertaubat daripada semua perkara yang boleh menyibukkan hati dari mengingati Allah Taala setiap masa.

Berkata Dzun Nun al-Mishri iaitu seorang sufi yang agung:

Taubat orang awam adalah daripada segala dosa sementara taubat golongan khawas (gologan khusus yang hampir kepada Allah Taala) adalah dari kelalaian.

KISAH IKTIBAR

Kisah ini ada diriwayatkan di dalam sahih Muslim iaitu kisah pembunuh yang membunah seratus orang. Pembunuh itu diberi panduan dan jalan oleh seorang yang paling alim di zamannya bahawa Allah Taala akan menerima taubatnya. Orang alim tadi memberikan syarat kepadanya agar meninggalkan suasana persekitaran yang rosak kerana persekitaran di antara faktor besar yang menyebabkan dia melakukan kejahatan. Kemudian pembunuh itu pergi ke tempat yang di maksudkan. Di sana terdapat orang mukmin yang soleh agar dia mencintai orang-orang yang soleh serta dia dapat diberikan tunjuk ajar dari mereka.

PINTU TAUBAT MASIH DIBUKA

Sesungguhnya pintu taubat masih lagi terbuka kepada semua manusia sehinggalah matahari terbit dari arah barat. Maka bersegeralah kita semua untuk bertaubat kepadaNya sebelum terlambat.

Sabda Rasulullah S.A.W. bermaksud:
Sesungguhnya Allah membuka tanganNya pada malam hari supaya orang yang melakukan kejahatan pada siang hari bertaubat dan Dia membuka tanganNya di siang hari supaya yang melakukan kejahatan pada malam hari bertaubat hingga matahari terbit dari barat.
(Riwayat Muslim).

Sabda Rasulullah S.A.W. bermaksud:
Sesungguhnya Allah sangat gembira dengan taubat hambaNya daripada gembiranya seorang yang kehilangan bekal bersama untanya di sebuah padang yang tandus kemudian dia mendapatkannya kembali unta itu.
(Riwayat Bukhari dan Muslim).

PENUTUP

Sebagai hambaNya yang amat lemah adalah kita dituntut supaya sentiasa bertaubat di atas segala dosa yang pernah kita kerjakan. Contohilah Rasulullah S.A.W. yang sentiasa bertaubat kepada Allah Taala walaupun baginda seorang yang maksum. Jadi marilah kita memperbanyakkan taubat dengan taubat nasuha agar hati kita sentiasa suci bersih dari sebarang kekotoran dan kejahatan yang boleh menyebabkan hati menjadi lalai dari mengingatiNya.

‘Memberi dan Berbakti’

Wallahualam.

--> Dipetik dari buluh.iluvislam

Salam kembali sahabat semua..
Buat sahabat yang sedang bercuti, selamat bercuti.. Manfaatkan masa seminggu ini dengan sepenuhnya..

Dah lama sebenarnya tak mengadap laptop.. Sibuk?? Tak dek la sangat.. Entah la.. Yang paling tepat MALAS nak pegi duk kat tempat ada wireless.. Wahai UDM bile la nak ada wireless kat bilik ni???? Huhuhu...

Terasa masa cepat berlalu seperti pasir-pasir berterbangan di tiup angin... Rasa cam baru smalam daftar untuk semester baru.. dan skang dah midterm break..huhuhu...pas ni first test plak... mase betul-betul mencemburui kite kan?? Tapi kate En Zul, Penasihat KKU, bukan masa yang cemburukan kita tp masa tu telalu banyak hinggakan kita tak tau cam ne nak manfaatkannya..

Pape pun selamat bercuti kepada semua warga universiti.....