aku dah cube tapi nasi tawar sket sebab aku lupe letak garam... hahaha...
Cube la... mesti besh punyer...
NASI AYAM SPECIAL
1 ekor ayam - ambik ayam tu rebus (campak dgn kiub ayam, sup bunjut) jgn bagi masak teruk sgt nanti ngelai ayam tu, bila masak ambik air sup tadi, tapis, guna air tu untuk sup dan masak nasi )
Untuk Nasi
4 cawan beras – dibersihkan dan toskan
Marjerin – utk menumis
Bawang merah
Halia
Bunga Lawang
Bunga Cengkih
Buah Pelaga
Sedikit serbuk kunyit @ pewarna kuning
Sedikit garam
**Air – dr rebusan ayam tadi secukupnya utk masak nasi
Panaskan marjerin dan tumiskan bawang merah, halia, bunga lawang, bunga cengkih, buah pelaga hingga naik bau. Masukkan beras dan tuangkan air rebusan ayam tadi. Masukkan serbuk kunyit @ pewarna kuning dan garam dan tutup dan biarkan hingga nasi masak.
Untuk Sup
Air rebusan ayam
Serai – diketuk
Halia – dihiris halus
Bawang putih – dihiris halus
Bawang merah – dihiris halus
Garam
Daun sup/Daun ketumbar – untuk ditabur di atas sup
Panaskan air rebusan ayam di dalam periuk. Kemudian masukkan semua bahan2 kecuali daun sup/daun ketumbar tadi. Biar ia sebati dan cukup rasa. Kemudian taburkan daun sup/daun ketumbar bila hendak menghidang.
Untuk Ayam
Ayam yang telah direbus tadi disejat dan diperap dengan kicap dan sos tiram. Goreng @ panggang.
Untuk Sos Cili
10 biji Cili merah , buang biji
7 ulas bawang putih
1 ulas bawang besar
Gula
Cuka
Garam
2 sudu besar tepung jagung
1 cawan air
Kisar semua bahan kecuali tepung jagung dan air masak atas api hingga mendidih. Bancuh tepung jagung dlm 2 camca dan letakkan 1 cawan air @ lebih dan masukkan ke dalam bahan yang dimasak. Kacau hingga ia masak.
Ulaman
Daun salad
Timun Batang
Tomato
** Kalau Untuk Sambal Kicap sebagai tambahan**
Kicap manis
air or air sup tadi pun boleh
boleh ltk skit hirisan cili or sambal tumbuk
bawang puteh skit jer.
garam, gula secukup rasalah.
Sumber
2 comments:
amboi anak dara Kak Nah kite ni dah pandai memasak... kalau kak Zila kan sarah..nasi ayam kak zila tak masukkkan rempah2 bijik tuh..cukup halia dan bawang putih jer..pas tu beras tu tumis sekali dengan bawang dan halia dulu samapai kering air (supaya nasi dia nanti jd sebijik2...
oooo ye ke? patut nasi jd cam ketul.. mcm lembik..hehehe.. tq kak zila...
baru blaja nih...heheh
Post a Comment