'An Abdullah bin 'Amru bin 'As wa Abi Hurairah wa 'Aisyah r.a qolu, qola Rasulullah s.a.w : "wailunli a`qabikun minal an-nar" (Maaf tak dapat nak tulis jawi)

Maksudnya: Daripada 'Abdullah bin 'Amru bin 'As dan abu Hurairah dan 'Aisyah r.a berkata, Rasulullah s.a.w bersabda : "Celaka lah bagi mereka yang tak meyempurnakan basuhan pada tumit kaki mereka " .

Dalil ini menunjukkan bahawa WAJIB menyempurnakan basuhan pada anggota iaitu pada tumit kaki. Nas di atas mentakhsiskan atau menunjukkan pada tumit kaki sahaja..

Kenapa Nabi s.a.w mentakhsiskan hanya pada tumit kaki??
Sabda Nabi s.a.w yang bermaksud: " Aku melihat satu kaum yang mana tak menyempurnakan basuhan pada tumit kaki mereka "

Al-A'qob maksudnya tumit.. Tumit yang mana yang tidak disempurnakan basuhannya.. Dengan kata mudah tak berapa nak kena air mase basuh kaki tu.

Alif dan Lam (pada perkatan Al-A'qob) menunjukkan satu amaran.. Amarannya, celakalah bagi sesiapa yang tak sempurnakan basuhan pada tumit kaki..

Dalam satu riwayat lain : " Dia melihat kami membasuh kaki kami.. Maka dia berkata : Barangsiapa yang tak menyempurnakan basuhan pada tumit kaki mereka, celakalah mereka"

Dalil di atas menunjukkan bahawa, bila kita basuh kaki mase ambik wuduk tu, bukan stakat basuh atas je pastu biar je air tu mengalir. Bukan macam tu.. Basuh lah semua kaki.. Sebab apa? Sebab dikhuatiri atau ditakuti air yang hanya mengalir tu tak kene pada tumit kaki kita.. Kalau boleh, mase basuh kaki tu, gosok2 la sket ye...

Wallahua'lam......

2 comments:

Musa Mohamad said...

salah 2..wailunli a`qabikun minal an-nar...

Musa Mohamad said...

pas2 " wailun " 2 bukan neraka will, tp celaka maksud dalam hadis 2..rujuk syarah sahih muslim oleh imam Nawawi..bab masaha ala khufaihi dan bab wuduk