Salam rindu semua... Aku baru je selesai chat ngan seorang sahabat di bumi Jordan.. Kami ada la sembang pasal menang n kalah.. Then dia cakap yang kalah tu, len kali banyakkan bace buku, hafaz al-quran n bla bla bla... Pastu terkeluarlah satu kisah tentang cerdik pandai.. Katanya, cerdik pandai ni sebenarnya mereka yang berjaya menghafaz satu al-Quran.. Baca artikel yang telah dikirim beliau.....

Sebenarnya menghafal Al-Quran adalah satu aktiviti pembelajaran yang sangat seronok. Menghafal bukan sahaja menjadikan kita orang yang baik, bahkan ia mengasah otak kita menjadi tahan lasak dan berupaya menahan segala macam jenis tekanan.

Seseorang yang ingin menjadi komando, dipaksa duduk di dalam hutan selama berbulan-bulan lamanya dan hanya berbekal dengan alat-alat asas untuk hidup. Biasanya mereka hidup diberi makan, tetapi kali ini mereka terpaksa mencari makan. Biasanya mereka tidur di atas tilam empuk dan bilik yang berhawa dingin, tetapi kali ini mereka terpaksa tidur entah dimana, mungkin di celah-celah akar kayu, di atas pokok dan mungkin di bawah terik matahari dan terdedah dengan macam-macam jenis serangga dan binatang berbisa. Kenapa mereka dipaksa hidup dalam susah sedangkan ada kesenangan di luar sana?

Cuba kita lihat......

Sekembalinya mereka dari hutan, mereka adalah orang yang tahan lasak. Berdaya juang tinggi. Boleh hidup dimana sahaja mereka berada. Hidup susah pun tidak mengapa, hidup senang apatah lagi. Saya pernah dengar, komando dari mesir boleh hidup tanpa air selama 7 hari. Hebatnya komando. Kuatnya mereka.

Begitulah para penghafal Quran. Aktiviti menghafal sesuatu yang sukar, berat dan memerlukan daya ketahanan yang tinggi. Penghafal perlu sabar, tekun dan fokus dengan apa yang dilakukan. Mereka perlu berbuat demikian sehinggalah tamat hafalan 30 juzuk. Lama tu.....Biasanya masa yang diperlukan untuk tamat, paling sekejap 1 tahun setengah dan biasanya 2 hingga 3 tahun baru tamat. Mereka akan hidup tertekan selama tempoh masa tersebut. tetapi, apabila mereka sudah biasa dengan tekanan ini, mereka adalah "komando".Mereka tahan lasak. Mereka akan mudah menghadapi tekanan akademik yang lebih ringan dan mudah. Sebab itulah kita sering dengar dalam media massa, surat khabar, tv dan sebagainya, kebanyakan pelajar cemerlang biasanya ada latar belakang belajar dan menghafal Al-Quran.

Nabi saw bersabda yang mafhumnya, "bacalah Al-Quran sebanyak-banyaknya. Darjatmu di syurga adalah mengikut banyak mana ayat Al-Quran yang telah kamu baca".

Jadi, sahabat-sahabat sekalian, ape yang boleh kita lihat di sini, pertama, nak berjaya bukanlah satu perkara yang mudah.. Ia memerlukan satu daya tahan yang cukup kuat, pegangan yang teramatlah kukuh dan kesabaran yang terlalu tinggi....

Kedua, kalau kita nak jadi cerdik pandai, cubalah luangkan sedikit masa yang ade untuk membaca dan seterusnya menghafaz la-Quran.. Tak semua pun tak pe.. Yang penting ayat-ayat lazim yang kita bawa dalam solat... Kemudian cubalah sikit2 kepada surah-surah amalan harian...

Wallahua'lam....

Sumber: Tak tau Fuad ambik kat mane.... hehehe

0 comments: