.:: Selamat Pengantin Baru Kak Ayu dan Amran ::.
~ Semoga bahahagia ~

.:: Selamat Hari Lahir Aiman ke 21 pada 27 Jan lalu ::.
~ Semoga panjang umur danmendapat keredhaan Allah di dunia dan di akhirat ~


.:: Baby kembar Zara n Zaida yang dilahirkan oleh Kak Yani pada 14 Jan 2009 ::.
~ Same besday ngan aku.. hehehe =) ~
Salam bloggers semua.. Petikan ni aku ambik dari Buletin Board kat friendster.. Tapi tak tau la betul ke tak.. Korang fikir-fikir la sendiri erk... Wallahu'alam..

Tujuan email ni adalah untuk memberi penjelasan mengenai boikot KFC. Banyak orang dah tanya pada saya mengenai KFC. Dan ada juga yang sms kata "baik ko berenti keja ngan KFC.ko dok bunuh orang palestin". Dah banyak sms yang saya dapat. Daripada kawan2 sekolah, universiti dan segenap lapisan masyarakat.
Untuk pengetuahuan semua, KFC Holdings (M) Bhd adalah milik Kulim (M) Bhd. Kulim ini pula adalah anak syarikat Johor Corporation. Siapa yang tidak tahu sila cari mengenai johor corporation. Oleh itu, KFC Holdings (M) Bhd adalah milik Malaysia. Tiada sebarang keuntungan yang diberikan kepada US mahupun Israel. KFC hanya menggunakan nama. KFC malaysia hanya membayar yuran penggunaan nama sahaja.
Akan tetapi, setelah KFC menjadi anak syarikat Johor Corporation, pengerusinya sedang berusaha untuk membeli KFC di US. Ini adalah usaha yang sangat murni. Tan Sri Ali Hashim adalah pengerusinya yang memang mempunyai idea bisnes yang bernas. Selain itu juga, dibawah KFC Holdings (M) Bhd terdapat anak syarikat iaitu :
Pizza Hut
Kedai Ayamas
RasaMas Restaurant
Ayamas Food Corporation Sdn Bhd
Region Food Industries (Sos life)
Bakery ( untuk garlic bread & roti2 di KFC)

Tenaga kerja untuk semua syarikat ini adalah majoriti melayu islam. Oleh itu, bayangkan lah jika masyarakat memboikot KFC apa akan terjadi kepada orang islam malaysia? Oleh itu fikir2 kan lah apa yang saya katakan ini. Diharap dapat memberi penjelasan kepada sahabat2 dan sesiapa sahaja. Sama- sama kita membangunkan ekonomi orang islam. Inilah dinamakan Jihad Bisnes.

Sekian.

Muhamad Ammar Abdullah
Halal Audit Executive
KFC Holdings (M) Bhd
03-20263388 ext 282
012-5678443
K.A.R.N.I.A.W.A.N is stand for ---> Konvensyen dan Karnival Usahawan IPTA peringkat Nasional
Tempat @ Universiti Utara Malaysia a.k.a UUM Sintok, Kedah
Bila @ 6-11 Januari 2009

Wahh.. Tak sangka ye sampai jugak aku kat UUM Sintok.. Huhuhu.. Daku ingatkan UUM ni kat kawasan yang mempunyai kepadatan penduduk yang ramai.. Rupa-rupanya tak.. terletak elok di tengah-tengah kepadatan pokok-pokok yang subur menghijau.. hehehe.. Aku tak gheti la nak ngarang ayat-ayat yang cam best macam kak Iqa tu.. aku suke letak gambar jew sebab.... Lec aku, Dr Norizan cakap, satu gambar menceritakan seribu perkataan.. So tak payah la aku tulis bebanyak yer..hehehe..

Apa yang ada kat booth kami????

















.:: FIRST DAY ::.
Aktiviti bergambar setelah siap menghias booth.. Penat weii...

Disebalah malamnya pula, ada aktiviti ' Ice Breaking ' . Mase ni sronok la jugak walaupun penat. Kami berpeluang berkenal-kenalan ngan siswa siswi dari univerisiti lain. Macam-macam la yang depa wat --> carik yang sama saiz baju la.. Cari yang sama ketinggian la.. Hehehe.. Cam budak-budak.. Da last kami kene cari 5 pompuan dan 5 lelaki yang lain universiti. its mean satu kumpulan ada 10 ahli la.. Kami kene bina bangunan dengan sebelah kasut je.. So gambar kedua tu adalah hasil bangunan yang dibina olh kumpulan aku..

.:: SECOND DAY PUNYER CITER ::.



Bermula la aktivi jual-menjual dan beli membeli antara kami dan pelanggan.







Tea-break.. bersama En. Fauzan (baju biru)















.:: THIRD DAY PLAK ::.
Macam hari kedua jugak.. Jual-jual.. Tapi yang paling bestnyer gerai kami dikunjungi oleh Datin Norela Nurudin (SIFE, UITM).. Dan malam plak pertandingan Rancangan Perniagaan (RP). Kami punya tajuk " Specialist Roti Canai"

.:: DINNER @ DEWAN TAN SRI OTHMAN (DTO)


.:: LAST DAY ::.

Jalan-jalan @ Padang Besaq


~TAMAT~
Assalamualaikum w.b.t.

Marilah sama-sama kita sebagai umat Islam MEMBOIKOT barangan yahudi Laknatullah abadan.. Kalau kita tak buat ni semua, ape lagi yang kita mampu? Kita dah tak mampu nak duduk sebaris ngan pejuang-pejuang mereka.. Kita da tak mampu nak menolong mereka.. Ape lagi yang perlu kita buat?? Ini sahaja yang termampu.. Yang terdaya.. Takkan tu pun tak boleh kan?? kita boleh membenci dengan hati.. tapi itu adalah selemah-lemah iman..









Alhmdulilah.. Semalam ( 14 Jan ) genaplah umurku 21 tahun. Alahai.. Dah rase tua la plak.. Ahaks! Tahun ni aku tak wat jamuan coz busy n kekurangan budget.hehe.. Tapi alasan paling kukuh ialah busy.. Smalam aku pun tak dek mase untuk diri sendiri. Pagi pi class, then ptg pi librari.. Huhu.. So, untuk kwn2 aku, sowi ye.. Tahun ni tak dek mi n kek. Hahaha..

Wanna say thanks to those who send me besday wishes - Yusof, Kak Ili, Kak Ina, Ada, Kak Afni, Sa, Aiman, Manaf, Kak Iqa, Aini Azli, Wani, Kak Ha, Ma dan Ayah, Faiz, Pehah, Kak Yana, Kak Helma, kawan2 frenster...

Aku harap kedatangan usia baru ni mematangkan lg diri ini..

Ya Allah Ya Tuhanku, panjangkanlah umurku, tetapkanlah pendirianku, tetapkanlah imanku,jadikanlah aku seorang wanita muslimah sehebat serikandi di zaman Rasulullah, berikanlah aku kejayaan di dunia dan di akhirat. Amin...
Wajah baru... Azam baru.....
Kebanyakan blog yang aku ziarah ni la tajuk yang paling femes la.. yup.. setiap daripada kita sudah pasti mempunyai azam baru yang tersendiri.. Tapi setinggi manakah kita mampu melakukannya..? ayuh sahabat.. Istiqomahlah dalan setiap yang dirancang.. Semoga Allah mengabulkan doa kita.. Aminnn

Azam baru aku?? Hehehe..

1) Kuruskan badan dengan kurangkan makan --> makan nasi sekali sehari.. Nampak macam da berjaya skit.. Selain jimat duit badan pun makin slim.. Wahahah... Tak payah dah sibuk-sibuk fikir nak makan ubat kurus.. Istiqomah deh..

2) Jadi hantu librari.. Boleh la skang.. Sebab aku duk sibuk cari rujukan untuk tesis.. so, banyak kene gi librari.. Insya Allah....

3) Banyakkan baca buku agama.. Untuk memotivasikan diri sendiri ke arah akhirat yang lebih bahagia.. skang aku ngah bace buku " Jalan Menuju Ke Syurga " buku Imam as-Syafie.. Dah lebih separuh la aku baca.. Selain tu ade jugak buku kesihatan skit.. Banyak bace bab madu sebab tu tajuk tesis aku.. Hehehe.. dah boleh jadi ulat buku ni.. ;p

4) Macam da banyak la.. Tak dek da kot.. takut tI tak terbuat pulak pe yang aku azamkan tu.. Hehehe..

Sahabat yang aku kasihi... Doakan aku istiqomah di tahun baru ni.. Dan doakan aku berjaya dan bahagia dunia dan akhirat.. Semoga persahabatan kita terus utuh biarpun usia kita semakin bertambah.. selamat maju jaya semua!!!
Hai hai hai.. hehehe.. Bejumpa kita di tahun baru.. Nak tulis jugak blog nih sempena awal tahun baru..hehehe.. erm Selamat Tahun Baru semua!! semoga kita lebih najah dan istiqomah dalam melakukan sesuatu...

Aku sebenarnye tak tau la nak tulis pe.. Aku baru je siapkan nama-nama yang ada kat sijil yang aku buat hari tu.. Sijil MISWAN.. waaaa.. Lambat ciap la sebab sem lepas betul-betul busy la.. Banyak mende kene buat.. tapi tak ramai yang faham.. Yang depa tau kutuk! kutuk! kutuk! Tak terfikirkah diorang kenapa kami tak dapat siapkan sijil tu.. Bertimbang rasa la sket kawan... huhuhu.. sob sob sob.. Tapi yang aku geramnye ade yang kami da buat sijil yang lepas tapi tak gi ambik, komen plak cakap kami tak buat lagi sijil tu.. Honestly aku cakap mase tu aku hantar msg sorang2 kat depa (ahli kelab keusahawanan) suh pi ambik sijil 60% je yang datang.. Peka skit ngan msg tu.. Yang tak datang tu pending semua. waaaaaaaaaaaaa.... geramnyer..... huhuhu.. tapi tak pe la.. adat la tu kan??

Erm 6-11 Jan nanti aku dan 15 orang lagi student UDM akan ke Karnival dan Konvensyen Usahawan IPTA kat UUM Sintok.. Jumpa di sana.........................

P/S : Maaf atas kelewatan buat sijil..