Lu fikir la sendiri..... masih terngiang-ngiang kate2 Nabil Raja Lawak Astro...
Skang aku terfikir tentang perbualan aku dengan seorang sahabat hamba Allah yang hidup susah.. Keadaan keluarganya ibarat kais pagi makan pagi, kis petang makan petang.. Begitulah kehidupannya.. Tetapi semangat yang kental membuatkan dia masih bersemangat untuk meneruskan perjuangan mencari ilmu Allah..






Sahabat : Eh, ni Sara kan??

Aku mengamati wajah cengkung sahabat dan wajah itu membuatkan aku teringatkan sesorang

Aku : Anis kan??

Dia mengangguk. Kami bersalam dan aku mengajak dia ke sebuah warung yang terdapat di situ.. Kamai berbual-bual tentang masa dulu, tentang keluarganya dan bermacam-macam lagi..tiba-tiba aku terdengar keluhan dari mulutnya. Aku betanya kenapa...

Sahabat : Susah skarang.. Dapat score tinggi pun tak dapat biasiswa.. Ye la.. biasiswa untuk anak orang kaya je.....

Aku : Kenapa cakap gitu??

Sahabat : La ko tak perasan ke, orang yang mak ayah dia gaji berpuluh-puluh ribu, mane ade wat pinjaman PTPTN.. Semua dapat pinjaman yayasan, tak pun MARA.. Kita yang susah ni plak kene wat pinjaman..

Aku : Weh, aku tak faham ler..

Sahabat : Ape la ko ni.. Cube bukak mate tu luas2 sket.. Kan orang yang mak ayah mereka gaji besar mane leh dapat pinjaman PTPTN.. Kan ada syarat.. Dah tu kita ni yang mak ayah gaji rendah lau nak buat pinjaman yayasan ke o pape ke, kene terima surat penolakan PTPTN dulu baru boleh.. So, untung la anak orang berada.. Dah la dapat pinjaman yayasan, bayar pun tak dek interest, lau dapat score tinggi tukar pada biasiswa plak.. huh, 7 keturunan pun makan tak habis...

Aku : Bukan ke PTPTN dah trun kan interest??

Sahabat : Memang la.. Tapi tak memadai untuk orang cam aku ni.. Ye la ingatkan keje nanti leh la tolong mak ayah adik skit.. Tp kene fikir nak bayar pinjaman lagi.. Kakak aku tu dah stahun stengah keje interst PTPTN pun tak habis bayar lagi.. Lau dapat yayasan kan best.. Tak sia-sia aku dapat dekan.. Leh gak tukar ke biasiswa.. Hmmm.. entah la...

Aku : Betul jugak kan?? Tak Terfikir lak aku slame ni.. hehehe

Sahabat : Ape la ko ni.. Nabil pun suh kita fikir sendiri.. Orang susah cam aku ni macam-macam fikir Sara....

Aku termenung seketika apabila sampai di rumah.. Betul jugak kata sahabat aku tadi.. Kita yang tergolong dalam mereka yang berpendapatan rendah ni terpaksa buat pinjaman then bayar lak mahal.. Cam aku, pinjam 15,000 bayar 17,000.. 2 tahun keje pun tak habis lagi nak bayar interest PTPTN.. tu baru diploma.. Tak ijazah n master lagi.. Berat jugak tu... huhuhu..

Sepatutnya PTPTN bagi pinjaman kat anak-anak orang yang berpendapatan tinggi tau.. Yang berpendapatan rendah ni tolak coz bagi peluang wat pinjaman yayasan ke ape2 lagi la.. Tak la beban sangat.. Nanti da keje leh la bantu mak ayah skit2.. Adik-adik ramai lagi yang belajar..

Kalau buat pinjaman yayasan or MARA ke, dapat dekan leh jugak jadi biasiswa. Walaupun tak semua, sikit pun jadilah.. At least berbaloi jugak usaha slame ni.. Nampak jugak hasilnye..

Skang ni ada yang cuba isi borang tak lengkap dan sebagainya.. Supaya permohonan tu ditolak.. tapi diorang cakap elok je lulus.. Hmm ntah la.. Permainan duniawi.. Yang kaya bertambah kaya, Yang miskin bertambah susah..

Jadi, lu fikir la sendiri....

p/s : yup, interest da trun.. untung la mereka yang wat pinjaman pas ni.. kami yang lepas2 ni cam ne????????


Salam Mawaddah kepada semua teman-temanku..

Alhamdulillah.. Bersyukur kehadrat Allah Taala kerana masih membenarkan kita terus bernafas di bumiNya.. Dan aku juga teramat-amat bersyukur kepada Allah Taala kerana tidak membiarkan aku terus hanyut dengan skrip-skrip lakonan duniawi.. Hijrah aku kerana Allah.. Aku ingat.. Setiap sesuatu itu bermula dengan niat dan Alhamdulillah aku semakin tenang dalam keadaan begini.. Syukur Ya Rabbi.....

Tatkala melihat rakan-rakan bertudung litup labuh mnegikut syariat Ilahi, terdetik di hati ku... "cantiknye.." tp nafsu jahat segara menepis, syaitan segera menghasut "mapukah aku??? Istiqomah ke nanti?? Ape kate orang??" Ya Allah... Keinginan untuk mengikut jejak langkah mereka semakin kuat tapi syaitan sentiasa memusuhi anak-anak Adam... Aku sentiasa berdoa moga Allah membuka pintu hatiku dan mengampuni dosa-dosaku yang lalu.. Sesungguhnya Allah Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang.....



Aku Dulu....


Biar la masa lalu menjadi kenangan dalam hidup ku.. Mungkin ada hikmah di sebalik ape yang telah berlaku.. Selamat tinggal tudung kecik dan ahlan wasahlan tudung labuh... Semoga hidupku nanti lebih disinari cahaya-cahaya keimanan.. Amin....



Aku sekarang.. Alhamdulilah...


Dan sekarang.... aku cukup berterima kasih kepada sahabat-sahabat yang telah banyak membimbing diriku.. Pernah suatu hari aku terfikir, Wani (kawanku - account student) pun bleh pakai tudung labuh ni kan aku islamic student.. Kenapa tidak?? Terima kasih ya Allah kerana mengurniakan aku sahabat-sahabat yang sentiasa mengingatkan aku tentang akhirat....



Sahabat-sahabat yang sentiasa bersama susah dan senang.. Yang sentiasa apabila aku melihat wajah-wajah mereka aku teringat akan akhirat.... Terima kasih sahabat....

" Teman yang paling baik adalah apabila kamu melihat wajahnya, kamu teringat akan Allah
Dan apabila kamu mendengar kata-katanya, menambahkan lagi ilmu agama
Dan setiap kali melihat gerak-gerinya, kamu teringat akan mati "

Selari dengan sabda Rasulullah s.a.w.
" Seseorang itu adalah mengikut agama temannya, oleh itu, hendaklah seseorang itu meneliti siapa yang menjadi temannya "
( H.R Abu Daud )



Kepada rakan-rakan semua, apa yang ingin aku katakan di sini ialah sahabat memainkan peranan paling penting dalam menentukan hidup kita.. Andai sahabat itu hidupnya berlandaskan syariat Allah nescaya hidup kita juga akan berlandaskan ajaran tersebut.. Dan seandainya sahabat itu hidup dengan mengikut arus dunia serba moden, itu jugalah kita nanti.. Jadi berwaspadalah dalam memilih sahabat..

Pesanku juga buat rakan-rakan sekalian, kalau nak berhijrah ke jalan Allah, jangan lah anda semua ragu-ragu... Kerana di situ ada ganjaran yang telah di janjikan oleh Allah...

Sabda Rasulullah s.a.w. " Sampaikanlah pesanku walau satu ayat "
Dan inilah yang saya cuba lakukan.. Semoga ganjarannya lebih besar di sisi Allah Taala..


' Rentasilah ranjau hidup ini biarpun kadang kala kita tewas.. Anggaplah ia rahmat dalam hidup kerana ia merupakan satu kafarah terhadap dosa-dosa lalu.. '

Rakan-rakan semua, doakan aku istiqomah dengan penghijrahan ini....

Wallahua'lam.....

Kate lec aku, Dr Norizan, satu gambar menceritakan seribu makna.. Kalau banyak gambar maknenye menceritan banyak makna la.....


Kenangan ngan classmates mase sem 2.. depa ni memang best rr.. Ni la aktiviti kitorang lau pas kelas ke ape ke.. x habis2 bergambar..hehe.. tp ni la kengan yang ada hingga hari ni.. Gambar ni kitorang snap kat taman depan maktabah..


Ni lak time wat2 rajin nak pi jogging.. biasanya hari jumaat la coz xdek class.. Tp xdek jogging betul2 pun.. juz jalan-jalan hirup udara segar hehehe.. Tapi lau you all nak tau, budak2 ni lau dah datang angin rajin diorang tu, sampai kat pantai Tok Jembal diorang jog tau..huhuhu.. Padahal nak main air jer.. ahakz.. =)


Ha... ni lagi satu kerja kitorang.. makan..makan..makan..xdek kerja lain..terutama si kecik yang kat tengah tu..hehehe.. Gambar ni kat KFC Giant.. time g shopping2 sket..


Kan aku da cakap.. Budak2 class aku memang suke bergambar.. sebelum lec masuk sempat agi posing tu.. aku pun same...hahaha.. Ye la tu da berpisah ni je yang tinggal untuk mengingati mereka.. Tul tak??


Mase ni kat Taman Shah Bandar, Kuala Terengganu.. Kenangan ngan x-rumet, Nadia yang duk kat tengah tu.. Skang ni merangkap bestie aku..hehehe.. Yang sebelah kiri tu Asma', classmate aku..


Ni plak dak2 usahawan UDM.. Aku x dek lam gambar ni sebab...sebab..sebab aku yang ambik gambar ni..hehehe.. Gambar diambil di Hotel Istana sempena makan malam KARNIAWAN 07.. Kat sinilah kemesraan terjalin antara kami semua...


Ade jgk gambar aku akhirnye..huhuhu.. Ni la empat usahawan sekawan.. Lau ade pape tentang usahawan 4 orang ni la yang duk same2.. xdek dah orang lain.. Gambar ni jugak kat hotel Istana.. Time boring dengar ucapan kat depan tuh.


Hah.. ni ler 8 budak-budak gedik..hikhik.. Kenangan kat Kolej 12 UM.. Mase ni pas makan tengah hari before besiap-siap untuk gi dinner.. Diorang ni biasa la.. Lau bab gambar semua tempat nak snap.. Ops.. kepada Kak Ili ( mantan exco KKU ) yang baik hati, I miss u so much.. Bile agaknye leh jumpa lagi erk??


This one pic sepanjang Delegasi Usahawan Muda 08 ( latest punya program ).. banyak la input yang kami dapat sepanjang delegasi ni.. To kelab keusahawanan : nanti wat lagi tau..hehehe.. Gambar bawah skali tu ade pengiring kami, En Zul.. En Zul ni memang best la.. spoting habis.. Itu la kemesraan yang terjalin antara student n lec.. Contohilah kami..hehehe..


Ni Abdul Manaf, Pengarah Delegasi Usahawan Muda 08 merangkap mantan setiausaha Kelab Keusahawan UDM.. Orangnye tegas,boleh dikatakan garang, Gile-gile pun ye jugak..hehe..tp bile da kenal ok je..ehemm.. Dia ni la banyak tarbiyah aku supaya jadi sorang muslimah yang mengikut garis-garis Islam.. Syukran akh Manaf.. Semoga trus success di mana jua berada..



Ni kami mase kat Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani.. Kat depa punya galeri before masuk taklimat..


Ni la gambar organisasi di mana aku berada skang.. Semoga kita semua dapat mengeluarkan idea-idea yang bernas untuk menaikkan name kelab di arena IPTA.. Usahawan inovasi pemangkin pembangunan negara.. Keusahawanan Kerjaya Pilihan..


Ohh.. lalala... Sampai kat ni je yang aku bleh coretkan untuk tatapan teman-teman semua.. Ingatlah kenangan itu membawa kita kepada ukhuwah abdan abada..
Sayang kamu semua.. mmuah!!

To be continue.............. =)


JILBAB/TUDUNG/HIJAB/TELEKUNG??


Salam ukhuwah...
Baru jap td aku bukak friendster.. Kawan aku ade kirim kan msg.. Then aku terpikir untuk muatkannya dalam blog aku.. Hope jadi pedoman untuk semua akhawat..
Tak salah lau kita bace jap kan??
Renung2 kan lah, nasihat la sape2 pun k...






KESALAHAN PERTAMA : Aurat itu adalah memakai tudung sahaja.

KESALAHAN KEDUA : Bertudung tetapi ber‘T-Shirt' berlengan pendek.

KESALAHAN KETIGA : Bertudung tetapi baju kebarungnya terbelah kainnya.

KESALAHAN KEEMPAT : Bertudung tetapi bajunya sendat, sempit dan nipis lalu memaparkan bentuk kawasan-kawasan mudah ‘menggoda'.

KESALAHAN KELIMA : Bertudung tetapi amat longgar dan menayangkan jambul dan hujung rambutnya.

KESALAHAN KEENAM : Bertudung tetapi hanya memakainya di pejabat sahaja. Tidak di sekitar rumah, pasaraya dan sebagainya.

KESALAHAN KETUJUH : Bertudung tetapi tudungnya dilempar ke belakang leher, maka terdedahlah dadanya dari ditutupi kain tudung.

KESALAHAN KELAPAN : Bertudung tetapi dengan tudung yang amat nipis sehingga boleh diihat sanggul, leher, tengkuk dan dadanya.


Jadi, wahai saudari-saudari akhawat yang dirahmati Allah, susah sangat ke kita nak ikut cara berpakaian yang di gariskan oleh Islam?? Aku pun dulu tak dek la pakai tudung labuh.. Tp Alhamdulillah bile tengok kawan-kawan pakai nampak lawa jugak.. Lawa pe pakai tudung cam tu.. Lau angin bertiup xdek la tertarik-tarik.. Cam pakai baju ketat gak.. Pastu mula tarik-tarik nak bagi labuh.. Ape salahnye pakai t-shirt yang labuh.. Xdek la tarik2.. Hmm macam-macam la remaja kita skang ni.. Lau x silap aku la, butik-butik muslimah skang banyak kuarkan t-shirt yang cantik-cantik dan tak menampakkan bentuk badan.. Aku pun ade satu.. Comey tau.. Sesuai untuk mereka yang gemar memakai seluar..

Tak salah lau kita nak berfesyen. Tapi mesti ingat ia mestilah mengikut ape yang da digariskan oleh Islam.. Lau kite tengok skang ni, da banyak tudung-tudung islamic punye style di jual di mana-mana sahaja.. Tu salah satu fesyen terkini.. Jadi akhawat-akhawat sekalian, di akhir zaman ini marilah sama-sama kita ubah style kita mengikut ape yang telah di syariatkan... Semoga dengan perubahan kita itu mendapat tempat di sisi Allah Taala, Kekasih kita yang Maha Agung..





Firman Allah Taala yang bermaksud :
" Dan katakanlah kepada wanita-wanita yang beriman supaya menahan pandangan mereka dan memelihara kehormatan mereka (daripada perkara yang haram) dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya (muka dan kedua tapak tangan) dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka dan janganlah memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka atau bapa mereka atau bapa mertua mereka atau anak-anak mereka atau anak-anak tiri mereka atau saudara-saudara mereka atau anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan atau perempuan-perempuan Islam atau hamba-hamba yang mereka miliki atau pelayan-pelayan lelaki yang tak berkeinginan terhadap perempuan atau kanak-kanak yang belum mengerti langsung tentang aurat perempuan dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi daripadanya dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, agar kamu berjaya"
( Surah An-Nur ayat :31 )
You are the sun that light the sky,
The star that shine at night,
The rainbow that comes through the rain,
To make the day feel bright,
You have the smile,
I long to see, the voice I want to hear,
You give me wormth n confort,
Everytime you hold me near,
Yours is the heart that beats with mine...
You are the air I need to breath
The driving force within my life in
Which I can believe
You are the inspiration in my every word and deed
You fill my heart with love and fill
My life with all my need...
You are my beloved friend........




NOR SUHAIDA AMIRA
My bestest fren ever.. Orang paling rapat ngan aku kat kampus. Sampaikan kekadang aku tdo umah dia..hehehe.. Selain tu dia ni classmate aku.. G
mane2 mesti bersama.. Lau ade prob aku akan share ngan dia la.. Hanya dia la kawan mase susah dan senang.. Aku harap frenship kitorang berkekalan ke anak cucuh.. opss.. silap.. berkekalan sampai akhir hayat.. Love u Ada.. mmuah..ekeke.. =)


HAZIQAH AUNI
Aku panggil dia Kak Ika tp Amar da ubah jadi 'kakikaku'..heheh
e.. Dia ni memang lawak la tp lau da datang angin kus-kus dia tu, cam puting beliung.. Takut eden..hehehe.. Btw, she's very2 kind.. Dia ni tua stahun dari aku.. Thats y panggil Kak Iqa.. Aku kenal dia mase pegi Perhimpunan Pemimpin Usahawan IPTA 2007 kat UPM.. Kitirang join KKU UDM mase tu.. Then sampai skang trus rapat.. Hope our friendship will lasts forever.. mmmmuah..



NOOR HAZWANI
Student account UDM.. Kenal pun melalui KKU jgk.. Sorang yang klakar cam Kak Iqa gak.. Lau dah gelak ngan dia ni memang x habis la.. She's very intelligent, Islamic term n bla bla bla..hehehe.. T aku nak ikut dia la.. Pakai tudung lab
uh. Aminnnn... Mase sem lepas aku banyak habiskan mase kat bilik dia ( hari-hari tdo bilik dia ).. ngeh2.. She's something tau.. Lau aku tengok dia cam tenang jerk.. But i don't know y?? huhuhu.. Harap-harap walaupun kuar UDM t still trus contact eva..


NURUL SYAHIMA
I call her Ima.. Dia ni classmate aku yang aku rapat gak.. Lau lam kelas duk depan same-same..hehehe.. Lau ngantuk dia cubit aku, lau dia ngantuk plak aku cubit dia.. Gitu r kami lam kelas (tolpng-menolong amalan mulia)..hehehe.. Besides, dia ni rumet aku yang best la sem lepas.. Rumet aku ni pandai komputer.. So, lau nak suh ejas komputer serah kat dia rr.. hehehe.. Tp biasa la lau gaduh-gaduh tu.. orang kate lau x gaduh x dek kenangan kan?? Tp gaduh camne pun baik jugak skang.. Itulah kawan sejati aku..


So, stakat ni je la pengenalan tentang kawan-kawan aku.. Ramai lagi kawan, tapi ni la yang paling dekat ngan hidup aku.. I LOVE YOU ALL!! mmuah..

" True friends never leave each other, true friends never part, they just sit silently deep within each other's heart saying... I'M STILL HERE.. "





I never want to say goodbye
I never want to tell you why
But somehow..
We must let it go..
Deep inside..
I've never want to tell you why..
Never want to tell you why
I'm standing,
I saw everything
empty..empty..empty..
Empty classes, empty hearts, empty loves..
Empty you...
Sorry, it is hard to say...

I never want to say goodbye..
I never want to tell you why
But somehow..
we must let it go..
Deep inside..
I've never tell you why
Never want to tell you why..
Why I did this to you..
I smile, only zero smile..
I lough but there's no joy in me..
It's not easy to be me..
I'll keep everything we did..
Your face, your smile, your lough
And all the memories..
I... want to be you
But I knew i would be never..
Friend, please try to understand me...

There is a reason I'm here to be your angle
I'm standing
I saw everything
empty..empty..empty..
Empty classes, empty hearts, empty love,
Empty you...
Sorry it's hard to say..

Even i seem too short..
All things we did..
It's play round-round in my mind..
So, who's the one, cry over me..
I knew that shouldn't do this to you
Friends, I love you, love you always,
Somehow there's someting that you musn't know..
I want to smile again
I want to see my star again
I want the moonlight back,
I want to take care my heart again..
Sorry is the hardest word
But somehow now,-
Sorry I let it be.....

P/s : To MT n XCO KKU, I'm sorry becoz let it be.. I never want to say goodbye but......I can't tell why.... But remember, I'll always be here for all of you...

To Syahima...please don't break our friendship.. It's very priceless..

To Suhaida : I'll never say goodbye to you.. Thanks for being my fren..mmuah!!

1. Apabila seorang perempuan melahirkan anak, keluarlah dia dari dosa-dosa seperti keadaan ibunya melahirkannya.

2. Apabila telah lahir anak lau disusui, maka bagi ibu itu setiap satu tegukan daripada susunya diberi satu kebajikan.

3. Apabila semalaman ibu tidak tidur dan memelihara anaknya yang sedang sakit, maka Allah memberinya pahala seperti memerdekakan 70 hamba dengan ikhlas untuk membela agama Allah.

4. Barangsiapa yang manggembirakan anak perempuannya, darjatnya seumpama orang yang sentiasa menangis kerana takutkan Allah, akan diharamkan api neraka ke atas tubunya.

5. Perempuan, apabila solat lima waktu, puasa di bulan Ramadhan, memelihara kehormatannya serta taat akan suaminya, masuklah dia dari mana-mana pintu syurga yang dikendaki.

6. Setiap perempuan yang menolong suaminya dalam urusan agama, maka Allah memasukkan dia ke dalam syurga lebih dahulu daripada suaminya.

7. Aisya r.a berkata, " Aku bertanya kepada Rasulullah s.a.w., Siapakah yang lebih besar haknya terhadap wanita? " Jawab Rasulullah s.a.w. " Suaminya. " "Siapa pula berhak terhadap lelaki?" Jawab Rasulullah s.a.w. "Ibunya."

Salam ukhuwah..

Kalau ada orang kata " kite hendaklahmenyesuaikan Islam dengan peredaran zaman". Di sini kita mungkin menafsirkan bahawa pada zaman moden ni Islam perlu ditafsirkan sesuai dengan kehendak zaman ini. Islam yang turun lebih 1400 tahun lalu sudah tentu berbeza dengan zaman sekarang. Lalu segala ajaran yang tak sesuai dengan zaman ini harus ditinggalkan dan Islam hendaklah disesuaikan dengan kehendak masyarakat moden hari ini. Penafsiran sedemikian seolah-olah menggambarkan peredaran zaman mamaksa Islam perlu diubahsuai supaya Islam dapat terus hidup di tengah-tengah kehendak dan selera masyarakat. Segala ajaran yang tak sesuai dengan selera dan nafsu masyarakat perlu diubah dan diganti nilai baru yang semua masyarakat dapat menerimanya. Contohnya di dalam pergaulan seharian di antara bukan mahram sama ada yang remaja atau dewasa. Hari ini masyarakat seolah-olah menghalalkan perbuatan 'dating'. Pasangan yang belum berkahwin bebas bersosial atau mudah dibawa kemana-mana dengan izin ibu bapa. Alasannya, itulah trend masakini.

Persoalannya sekarang, mahukan suatu hari nanti masyarakat kita hidup sama seperti di Barat hari ini?? Sistem sosial mereka sudah berubah. Anak-anak sudah tidak hormat kepada ibu bapa, hidup bersama tanpa ikatan perkahwinan sehingga mempunyai anak. Ini sudah menjadi lumrah yang diterima pakai oleh mereka dan jika kita lihat perkara ini sudah menjalar dalam masyarakat kita pada hari ini. Kesannya dimanifestasikan dengan berlakunya gejala sosial yang semakin membimbangkan. Jika dihitung, banyak lagi contoh lain yang menunjukkan Islam seolah-olah kene hidup ditengah-tengah kehendak dan selera masyarakat. Jika ada orang yang menentanginya akan dicop extrimist atau pelampau atau orang yang ketinggalan zaman. Masyarakat akan memandang serong jika ada individu-individu yang cuba mengamalkan Islam sepenuhnya.

Bukankah Islam datang membawa rahmat sekalian alam?? Islam sudah sempurna dan sesuai diamalkan dalam sebarang zaman. Sepatutnya Islam yang menentukan arah mana zaman akan pergi. Masyarakat kene ikut Islam, bukan Islam kene ikut kehendak masyarakat!! Masyarakat boleh hidup biasa dalam sebarang zaman selagi segala bentuk amalan kehidupan mereka tak bercanggah dengan Islam.

Konsep halal dan haram, hak dan batil dan amar makruf nahi munkar menjadi panduan hidup manusia. Jika ada perkara-perkara baru dalam masyarakat yang tidak ada nas dalam al-Quran dan tidak ada Sunnah yang membenarkan, di sana dibenarkan ijtihad. ini dilakukan tidak lari dari roh dan semangat Islam itu sendiri. Sebab itulah Islam sesuai dengan sebarang zaman.

" Pada hari ini Aku sempurnakan untuk kamu agamamu dan telah Aku cukupkan kepadamu nikmatKu dan telah Aku redha Islam itu menjadi agama bagimu." (al-Maidah:3)
Pertama : REZEKI - Banyak aspek seperti pelajaran ( sama ada bagus atau teruk ), kejayaan dalam hidup, dan banyak lagi. Kita hanya perlu ikhtiar untuk mendapatkan yang terbaik kerana Allah Maha Pemurah dan Maha Penyayang

Kedua : AJAL - Ajal kita sudah ditetapkan di mana, bila masa dan bagaimana keadaannya.

Ketiga : AMALAN - Segala amalan kita telah ditetapkan, sama ada amalan baik atau buruk. Oleh itu, kita perlu membuat yang terbaik. Iman kita adakalanya rendah dan tinggi. Berdoalah supaya segala amalan-amalan kita diterima dan mendapat keredhaanNya.

Keempat : KESUDAHAN HIDUP : Kesudahan hidup kita sudah ditetapkan sama ada syurga atau neraka untuk kita. Kita perlu berusaha untuk mendapat KEREDHAAN ALLAH. Sesungguhnya Allah itu Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Berusahalah!!!