Salam Mawaddah kepada semua teman-temanku..

Alhamdulillah.. Bersyukur kehadrat Allah Taala kerana masih membenarkan kita terus bernafas di bumiNya.. Dan aku juga teramat-amat bersyukur kepada Allah Taala kerana tidak membiarkan aku terus hanyut dengan skrip-skrip lakonan duniawi.. Hijrah aku kerana Allah.. Aku ingat.. Setiap sesuatu itu bermula dengan niat dan Alhamdulillah aku semakin tenang dalam keadaan begini.. Syukur Ya Rabbi.....

Tatkala melihat rakan-rakan bertudung litup labuh mnegikut syariat Ilahi, terdetik di hati ku... "cantiknye.." tp nafsu jahat segara menepis, syaitan segera menghasut "mapukah aku??? Istiqomah ke nanti?? Ape kate orang??" Ya Allah... Keinginan untuk mengikut jejak langkah mereka semakin kuat tapi syaitan sentiasa memusuhi anak-anak Adam... Aku sentiasa berdoa moga Allah membuka pintu hatiku dan mengampuni dosa-dosaku yang lalu.. Sesungguhnya Allah Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang.....



Aku Dulu....


Biar la masa lalu menjadi kenangan dalam hidup ku.. Mungkin ada hikmah di sebalik ape yang telah berlaku.. Selamat tinggal tudung kecik dan ahlan wasahlan tudung labuh... Semoga hidupku nanti lebih disinari cahaya-cahaya keimanan.. Amin....



Aku sekarang.. Alhamdulilah...


Dan sekarang.... aku cukup berterima kasih kepada sahabat-sahabat yang telah banyak membimbing diriku.. Pernah suatu hari aku terfikir, Wani (kawanku - account student) pun bleh pakai tudung labuh ni kan aku islamic student.. Kenapa tidak?? Terima kasih ya Allah kerana mengurniakan aku sahabat-sahabat yang sentiasa mengingatkan aku tentang akhirat....



Sahabat-sahabat yang sentiasa bersama susah dan senang.. Yang sentiasa apabila aku melihat wajah-wajah mereka aku teringat akan akhirat.... Terima kasih sahabat....

" Teman yang paling baik adalah apabila kamu melihat wajahnya, kamu teringat akan Allah
Dan apabila kamu mendengar kata-katanya, menambahkan lagi ilmu agama
Dan setiap kali melihat gerak-gerinya, kamu teringat akan mati "

Selari dengan sabda Rasulullah s.a.w.
" Seseorang itu adalah mengikut agama temannya, oleh itu, hendaklah seseorang itu meneliti siapa yang menjadi temannya "
( H.R Abu Daud )



Kepada rakan-rakan semua, apa yang ingin aku katakan di sini ialah sahabat memainkan peranan paling penting dalam menentukan hidup kita.. Andai sahabat itu hidupnya berlandaskan syariat Allah nescaya hidup kita juga akan berlandaskan ajaran tersebut.. Dan seandainya sahabat itu hidup dengan mengikut arus dunia serba moden, itu jugalah kita nanti.. Jadi berwaspadalah dalam memilih sahabat..

Pesanku juga buat rakan-rakan sekalian, kalau nak berhijrah ke jalan Allah, jangan lah anda semua ragu-ragu... Kerana di situ ada ganjaran yang telah di janjikan oleh Allah...

Sabda Rasulullah s.a.w. " Sampaikanlah pesanku walau satu ayat "
Dan inilah yang saya cuba lakukan.. Semoga ganjarannya lebih besar di sisi Allah Taala..


' Rentasilah ranjau hidup ini biarpun kadang kala kita tewas.. Anggaplah ia rahmat dalam hidup kerana ia merupakan satu kafarah terhadap dosa-dosa lalu.. '

Rakan-rakan semua, doakan aku istiqomah dengan penghijrahan ini....

Wallahua'lam.....

2 comments:

Mark said...

aik abg manaf ada gak ke

SARAH ZUKRI said...

mesti la..sumber inspirasi i tu..hahaha