JILBAB/TUDUNG/HIJAB/TELEKUNG??


Salam ukhuwah...
Baru jap td aku bukak friendster.. Kawan aku ade kirim kan msg.. Then aku terpikir untuk muatkannya dalam blog aku.. Hope jadi pedoman untuk semua akhawat..
Tak salah lau kita bace jap kan??
Renung2 kan lah, nasihat la sape2 pun k...






KESALAHAN PERTAMA : Aurat itu adalah memakai tudung sahaja.

KESALAHAN KEDUA : Bertudung tetapi ber‘T-Shirt' berlengan pendek.

KESALAHAN KETIGA : Bertudung tetapi baju kebarungnya terbelah kainnya.

KESALAHAN KEEMPAT : Bertudung tetapi bajunya sendat, sempit dan nipis lalu memaparkan bentuk kawasan-kawasan mudah ‘menggoda'.

KESALAHAN KELIMA : Bertudung tetapi amat longgar dan menayangkan jambul dan hujung rambutnya.

KESALAHAN KEENAM : Bertudung tetapi hanya memakainya di pejabat sahaja. Tidak di sekitar rumah, pasaraya dan sebagainya.

KESALAHAN KETUJUH : Bertudung tetapi tudungnya dilempar ke belakang leher, maka terdedahlah dadanya dari ditutupi kain tudung.

KESALAHAN KELAPAN : Bertudung tetapi dengan tudung yang amat nipis sehingga boleh diihat sanggul, leher, tengkuk dan dadanya.


Jadi, wahai saudari-saudari akhawat yang dirahmati Allah, susah sangat ke kita nak ikut cara berpakaian yang di gariskan oleh Islam?? Aku pun dulu tak dek la pakai tudung labuh.. Tp Alhamdulillah bile tengok kawan-kawan pakai nampak lawa jugak.. Lawa pe pakai tudung cam tu.. Lau angin bertiup xdek la tertarik-tarik.. Cam pakai baju ketat gak.. Pastu mula tarik-tarik nak bagi labuh.. Ape salahnye pakai t-shirt yang labuh.. Xdek la tarik2.. Hmm macam-macam la remaja kita skang ni.. Lau x silap aku la, butik-butik muslimah skang banyak kuarkan t-shirt yang cantik-cantik dan tak menampakkan bentuk badan.. Aku pun ade satu.. Comey tau.. Sesuai untuk mereka yang gemar memakai seluar..

Tak salah lau kita nak berfesyen. Tapi mesti ingat ia mestilah mengikut ape yang da digariskan oleh Islam.. Lau kite tengok skang ni, da banyak tudung-tudung islamic punye style di jual di mana-mana sahaja.. Tu salah satu fesyen terkini.. Jadi akhawat-akhawat sekalian, di akhir zaman ini marilah sama-sama kita ubah style kita mengikut ape yang telah di syariatkan... Semoga dengan perubahan kita itu mendapat tempat di sisi Allah Taala, Kekasih kita yang Maha Agung..





Firman Allah Taala yang bermaksud :
" Dan katakanlah kepada wanita-wanita yang beriman supaya menahan pandangan mereka dan memelihara kehormatan mereka (daripada perkara yang haram) dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya (muka dan kedua tapak tangan) dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka dan janganlah memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka atau bapa mereka atau bapa mertua mereka atau anak-anak mereka atau anak-anak tiri mereka atau saudara-saudara mereka atau anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan atau perempuan-perempuan Islam atau hamba-hamba yang mereka miliki atau pelayan-pelayan lelaki yang tak berkeinginan terhadap perempuan atau kanak-kanak yang belum mengerti langsung tentang aurat perempuan dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi daripadanya dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, agar kamu berjaya"
( Surah An-Nur ayat :31 )

0 comments: