Salam ukhuwah..
Kalau ada orang kata " kite hendaklahmenyesuaikan Islam dengan peredaran zaman". Di sini kita mungkin menafsirkan bahawa pada zaman moden ni Islam perlu ditafsirkan sesuai dengan kehendak zaman ini. Islam yang turun lebih 1400 tahun lalu sudah tentu berbeza dengan zaman sekarang. Lalu segala ajaran yang tak sesuai dengan zaman ini harus ditinggalkan dan Islam hendaklah disesuaikan dengan kehendak masyarakat moden hari ini. Penafsiran sedemikian seolah-olah menggambarkan peredaran zaman mamaksa Islam perlu diubahsuai supaya Islam dapat terus hidup di tengah-tengah kehendak dan selera masyarakat. Segala ajaran yang tak sesuai dengan selera dan nafsu masyarakat perlu diubah dan diganti nilai baru yang semua masyarakat dapat menerimanya. Contohnya di dalam pergaulan seharian di antara bukan mahram sama ada yang remaja atau dewasa. Hari ini masyarakat seolah-olah menghalalkan perbuatan 'dating'. Pasangan yang belum berkahwin bebas bersosial atau mudah dibawa kemana-mana dengan izin ibu bapa. Alasannya, itulah trend masakini.
Persoalannya sekarang, mahukan suatu hari nanti masyarakat kita hidup sama seperti di Barat hari ini?? Sistem sosial mereka sudah berubah. Anak-anak sudah tidak hormat kepada ibu bapa, hidup bersama tanpa ikatan perkahwinan sehingga mempunyai anak. Ini sudah menjadi lumrah yang diterima pakai oleh mereka dan jika kita lihat perkara ini sudah menjalar dalam masyarakat kita pada hari ini. Kesannya dimanifestasikan dengan berlakunya gejala sosial yang semakin membimbangkan. Jika dihitung, banyak lagi contoh lain yang menunjukkan Islam seolah-olah kene hidup ditengah-tengah kehendak dan selera masyarakat. Jika ada orang yang menentanginya akan dicop extrimist atau pelampau atau orang yang ketinggalan zaman. Masyarakat akan memandang serong jika ada individu-individu yang cuba mengamalkan Islam sepenuhnya.
Bukankah Islam datang membawa rahmat sekalian alam?? Islam sudah sempurna dan sesuai diamalkan dalam sebarang zaman. Sepatutnya Islam yang menentukan arah mana zaman akan pergi. Masyarakat kene ikut Islam, bukan Islam kene ikut kehendak masyarakat!! Masyarakat boleh hidup biasa dalam sebarang zaman selagi segala bentuk amalan kehidupan mereka tak bercanggah dengan Islam.
Konsep halal dan haram, hak dan batil dan amar makruf nahi munkar menjadi panduan hidup manusia. Jika ada perkara-perkara baru dalam masyarakat yang tidak ada nas dalam al-Quran dan tidak ada Sunnah yang membenarkan, di sana dibenarkan ijtihad. ini dilakukan tidak lari dari roh dan semangat Islam itu sendiri. Sebab itulah Islam sesuai dengan sebarang zaman.
" Pada hari ini Aku sempurnakan untuk kamu agamamu dan telah Aku cukupkan kepadamu nikmatKu dan telah Aku redha Islam itu menjadi agama bagimu." (al-Maidah:3)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment