Huhuhu.. Hai kawan-kawan.. Selamat kembali menuntut ilmu..
Sem ni aku ambik 15 jam kredit.. huahuahua.. Insya allah score lagi kot.. hehehe
Aku ambik 6 mata pelajaran :
  • Nahu wa Sorof - 3 jam
  • Ilmu al-Qiraat - 3 jam
  • Hadith Maudu'iyyu - 3 jam
  • Tafsir Tahlili wa Nassi - 2 jam
  • Balaghah - 2 jam
  • Tesis - 2 jam
Kawan-kawan, doakan aku berjaya menguasai semua madah ni ye..
Ma'a taufeq wa Najah fi kulli hal...
Sahabat-sahabat yang di sayangi..

Salam Hijrah... Semoga esok lebih baik dari hari inidan hari ini lebih baik dari hari-hari yang telah berlalu.. Doakan agar penghijrahan kita mendapat redha Yang Maha Esa.. Amin...

Esok da balik kampus.. Mesti susah nak edit blog ni.. Will miz ya all!!

Ni ada sikit tatapan rencana sempena Tahun Baru Hijrah yang aku petik dari abunuha.wordpress.com Semoga ia menjadi iktibar kepada sahabat semua...




Masa sentiasa berjalan. Semakin hari, masa untuk ke hari kiamat semakin dekat. Umur kita semakin panjang, tetapi tempoh hidup di dunia semakin singkat.

Sepuluh tahun, 20 tahun atau 30 tahun lalu, kita mungkin masih belajar di bangku sekolah atau menara gading, atau masih bujang atau baru kahwin. Kini kita mungkin berada di puncak kerjaya, dan punya keluarga dan anak-anak.

Dulu, rumah kita mungkin di setinggan atau rumah kampung tanpa bekalan elektrik. Kini rumah kita lebih baik dari segi materinya. Bukan sahaja bekalan elektrik, bahkan sudah punya Astro, penghawa dingin, tv plasma, laptop dan bekalan streamyx.

Dulu, kita mandi dan buang air dengan air telaga atau sungai yang dikatakan kotor dan kabut, jauh berjalan ke dalam kampung. Kini tandas dan bilik air sudah di tepi bilik tidur, lengkap dengan tab mandi, punya pilihan air panas dan sejuk. Sesetengahnya punya kolam mandi dan kolam renang lagi.

Dulu, untuk berhubungan dengan orang kena guna surat. Entah sampai atau tidak. Menunggu balasannya pun memakan masa. Kini hanya dengan telefon bimbit. Perkembangan zaman kini lengkap dengan SMS, MMS, 3G, emel dan sebagainya.

Dulu, kita makan hanya dengan berlaukkan ikan masin, berkuahkan kicap. Susahnya hendak makan ayam atau daging. Kalau adapun ketika hari raya atau daging qurban yang diperolehi. Kini sudah malas hendak makan nasi, asyik dengan KFC, Mc D, Pizza Hut atau Burger King. Koman-koman pun, nasi berlaukkan sosej dan nugget.

Dulu, untuk bergerak kita mungkin hanya naik bas atau hanya punya sebuah motorsikal. Azabnya menunggu bas berjam-jam lamanya. Perhubungan jalanraya juga sangat teruk. Kini kedudukan lebih baik dengan sebuah kereta Proton Saga Baru, ataupun MyVi, setidak-tidaknya pun kereta kancil secondhand sementara jaringan jalanraya sangat mudah untuk bergerak ke mana-mana.

Pendek kata, kita beranggapan kehidupan kita lebih baik dari segi materi dan maddiahnya berbanding beberapa ketika dahulu.

Tetapi cukupkah kita berhijrah hanya dari segi rumah, bilik air, makan dan minum, telefon serta kenderaan? Bagaimana dengan yang ini, sebagai contoh ….

1. Solat. Bandingkan solat yang kita buat sekarang dengan solat 15-20 tahun lalu. Adakah bertambah, berkurang atau sama banyak? Semakin khusyuk, atau semakin lalai?

2. Masjid. Datang setiap waktu, atau sehari sekali, atau seminggu sekali, atau sebulan atau setahun dua kali? Atau hadir hanya apabila dijemput bersurat? Atau menjadi pecinta masjid yang setia, hanya menjadi jamaah tetap atau pendukung aktif aktiviti masjid?

3. Al-Quran. Adakah termasuk jenis orang yang suka membaca setiap hari dan rasa kehilangan apabila tidak berdamping dengannya, atau baca sekali sekala apabila susah hati dan ditimpa musibah, atau baca apabila ada ahli keluarga yang meninggal dunia, atau memang jenis nda pandai baca al-Quran? Adakah kita berusaha untuk memperbaiki bacaan dan menambah kefahaman terhadap isi kandungannya?

4. Sedekah. Termasuk orang yang ringan untuk menghulurkan derma dan sedekah sama ada kepada masjid, surau, anak yatim, fakir miskin, pelajar, ahli musibah atau liat hendak bersedekah? Suka membelanja kawan atau selesa dibelanja?

5. Aurat. Adakah kita jenis suka memilih waktu membuka dan menutup aurat menurut sesuka hati kita? Tutup aurat apabila ke masjid atau kenduri, dan berseluar pendek apabila bersukan dan ke pasar? Pakai tudung apabila kenduri kesyukuran atau kematian, tetapi buka tudung ke majlis perkahwinan dan tupperware? Atau memang jenis suka tayang aurat?

6. Zakat. Adakah kita orang yang memberi komitmen dalam soal zakat harta? Atau hanya bagi sikit-sikit? Atau tak peduli langsung? Atau kita lebih rela bagi derma kepada NGO yang mungkar dan pro Yahudi?

7. Haji. Adakah kita sudah menunaikan rukun Islam kelima ini? Atau hanya mampu mengatakan tidak mampu atau sebenarnya lebih mengutamakan perjalanan ke Los Angeles, Las Vegas, Paris, Bali, Tokyo, berbanding Makkah dan Madinah? Atau kita asyik berlapikkan alasan belum sampai seru?

Hijrahlah selagi masa dan kesempatan masih ada. Buatlah kebaikan dan tinggalkanlah kejahatan sehabis usaha dan daya kita. Jika kebaikan itu sudah kita lakukan, tambahlah, dan tambahlah lagi dari sudut kualiti dan kuantitinya.

Lakukanlah muhasabah sementara Dia memberi ruang kita untuk melakukannya, sebelum nyawa berpisah dari badan. Berhijrahlah.

Semoga Allah memberi kita kekuatan.
Alhamdulillah.. Syukur aku kehadrat Ilahi kerana Dia masih memberi aku peluang untuk menitipkan kejayaan buat kedua ibu bapaku.. Syukran ya Rabbi... Lastly after waiting too long untuk tau result, Alhadulillah i got it again.. DL..

Aku memang tak sangka la dapat result camtu sebab seperti aku katakan dulu, aku paling takut nak tengok result bagi madah Takhrij al-Hadis, Nahu wa sorof dan Balaghah.. Tapi Alhamdulillah madah yang paling aku takut tu la yang memberikan aku kejayaan ini.. Huhu.. Syukran Ustazah Sh. Hamadian ( madah Nahu wa Sorof ), Ustaz Dr Rohaizan (madah Takhrij al-Hadith) dan Ustaz Taufeq (madah al-Balaghah).. Dan tak lupa jugak syukran kepada Ustaz Abdillah Hisyam (madah Ulul al-Quran 2), Ustaz Fauzi Hasan (madah Ulum al-Hadith 2) dan Ustaz Mat Ali (madah Institusi Islam di Malaysia)..

Tak lupa kepada sahabat aku, Kak Ina, Suhaida, Syahima, Farehah, Hazwani yang sentiasa berada di belakang ku saat aku ingin rebah, sentiasa di sisiku saat aku lemah, selalu di depanku saat aku perlukan petunjuk arah.. Terima kasih.. Aku jugak tak lupa masihat akh Manaf (USIM) dan Sabri (UM)..Syukran.. Ma dan ayah serta adik-adik, Terima kasih atas sokongan dan nasihat.. Jemaah-jemaah Kelab Keusahawanan, Din, Usop, Kak Iqa.. Terima kasih atas msg2 doa itu...

Doaku semoga rakan-rakan sahabat-sahabat semua diberi kejayaan di dunia dan di akhirat.. Aminn.......

P/S : Putera Annur, Wani, Nadia dan Kak Ina, CONGRATES!!!

Kata-kata hikmah : Jadikan keyakinan sebgai pegangan hidup, dorongan sebagai teman setia, putus asa musuh durjana dan jadikan tekun serta usaha itu sebagai tangga kejayaan..
Salam mahabbah sahabi wa sahabiah ku semua.. Baru sebentar tadi aku terbaca satu artikel yang dikupas oleh sahabat blogger aku, Putera Annur.. Dia cakap pasal komen-komen yang ada kat shout box tu.. erm aku jugak terpanggil nak masukkan entry ni dalam blog aku ni... Aku stuju ngan pendapat Putera Annur.. Sape2 yang nak komen tu letak la name betul.. Nanti senang nak balas balik ataupun letak name glamer pun tak per.. Baru kita tau sape pengkomen tu dan senang pihak yang bertanggungjawab nak mengreplykannya..

Erm satu lagi masalah plak ada pihak yang tak sepatutnya pi jawab.. Putera Annur, aku juga tau sape..hehehe.. Aku harap biarla orang yang dah dipertanggungjawabkan yang menjawab segala persoalan dan aduan daripada student. Mereka lebih tahu apa yang mereka patut lakukan.. Apabila banyak unsur-unsur luar ni, banyak plak timbul spekulasi nanti.. Kesian mereka yang tak bersalah!! Ops teman-teman, maaf ye, skang aku bercakap pasal komen kat shout box blog MPP UDM.. Aku harap biarlah MPP tu sendiri yang jawab.. Dan MPP pun letaklah name sebenar mase jawab komen-komen tu.. Nanti senang kami nak refer kat sape nant.. Tak dek la tertanya-tanya sape plak yang jawab ni.. Lau pihak atasan tanya, sape kate ni?? Senang kami jawab dia tu yang cakap cam ni..

Ni tak Guest la, Guest 2 la, Student la dan macam-macam lagi.. Kalau komen tu membina tak pe jugak. Ni yang ntah pape.. Kalau nak tolong jawab pun, tulis la leklok.. Pakai bahasa yang best-best skit.. Ni tak, bahasa tu pun dah buat orang marah.. Orang tu da tanya elok-elok pasal konvo, why not jawab leklok jugak.. Dia da la terasa konvo tak buat lagi, 'orang tu' plak pi jawab macam tu.. Marah la kawan... Kalau aku pun bengang.. huhuhu.. Dan aku tak maksudkan semua macam tu.. Guest15 plak da selesaikan segala persoalan pasal result kat shout box tu.. Macam tu la bagus.. Bahasa pun ok.. Tak dek la buat orang yang ngah marah tu terus marah lagi.. Baru la boleh fikir positif.. Ni tak.. Jawab macam dia tu bagus sangat.. To Guest15 aku juga mahu ucapkan terima kasih kerana mengakhiri persoalan aku tentang result.. =)

Pastu Putera Annur kata, labih baik komen trus kepada pihak atasan.. Erm same jugak la.. Tak dek respon pun.. Aku pernah jugak bawak trus kepada pihak atasan (HEPA) tapi responnye lebih menyakitkan hati.. Awak tanya la SI B ni.. Dia yang uruskan.. Bila tanya SI B dia suh pi tanya SI A tu plak.. Sebab saya tak urus ni dulu, dia yang urus.. Padahal dia yang pegang bahagian tu skang.. Nak tak nak dia la yang pi follow up.. Tak kan aku plak.. Aduhh.. Ape nak jadi la... Kalau dah yang atas tu pun bercelaru, yang bawah ni lagi laaaaaa....

So, harapan aku agar 'guest-guest' yang ingin bagi komen kat mane-mane blog, guna la name sebenar agar tidak timbul spekulasi suatu hari nanti.. Dan aku jugak harap MPP baru ni dapat menjalankan amanah yang dipikul tu dengan sebaiknya..

P/S : Suka ngan slogan MPP baru --> TOGETHER WE ASPIRE, TOGETHER WE ACHIEVE
Baru betul.. =)

Kata-kata hikmah : Kita sentiasa pertahankan apa yang kita tahu, sedangkan kita sepatutnya tahu bahawa tak semua yang kita tahu itu adalah BENAR..
Sahabat-sahabat semua.. Akhirnya masa yang ditunggu-tunggu sudah tiba.. Esok keputusan peperiksaan akan di keluarkan.. huhuhu.. Macam-macam yang aku rase skang ni.. Sronok.. Sebab tak sabar nak tengok result sem ni.. DL ke tak?? Takut.. Sebab..... Ye lah aku pun tak tau keputusan tu macam mana.. Berdebar.. Gementar.. Apa lagi?? Ntah la.. Aku pun tak reti nak tafsirkan macam mana.. Yang paling takut nak tengok result madah Takhrij al-Hadith, Nahu wa Sorof dan al-Balaghah.. huhuhu.. gerun.. Mase exam rase cam boleh jerk tapi resultnyer tak tau la gue..

Nway.. aku harap kita-kita semua dapat keputusan yang cemerlang dan sama-sama naik pentas sem depan. Hehehe.. Jom la kita doa ramai-ramai semoga segala usaha dan penat lelah kita memerah otak mendapat ganjaran yang setimpal.. Aminnn....
Yang dicari...
Walaupun bukan putera raja, biarlah putera agama
Yang diimpi...
Biarlah tak punya rupa, tapi sedap dipandang mata
Yang dinilai...
Bukan sempurna sifat jasmani, asalkan sihat rohani sempurna hati
Yang diharap...
Bukan jihad pada semangat, asal perjuangannya ada matlamat
Yang datang...
Tak perlu rijal yang gemilang,
Kerana ana srikandi dengan silam yang kelam
Yang dinanti...
Bukan lamaran dengan permata, cukuplah akad dan janji setia
Dan yang akan terjadi...
Andai tak sama kehendak hati,
Ana redha ketetapan Ilahi,
Itulah ketentuan sejak azali...
Dunia remaja memang menyeronokkan.. Tapi dalam keseronokan itu, kita harus ingat bahawa ranjau di hadapan masih panjang untuk ditempuh.. Remaja adalah pemangkin kepada negara.. Remaja yang berkualiti akan menjadikan sesebuah negara dan bangsa itu maju seterusnya menjadi pemangkin kepada pembangunannya..

So... Kat sini aku sertakan 7 tips bagaimana nak menjadi remaja yang berkualiti..

1) PANDAI BERDIKARI
Kita perlu melakukan kerja tanpa bergantung kepada orang lain.

2) SANGGUP MENERIMA TANGUNGJAWAB DENGAN RELA
Kita perlu bertindak dengan cepat, tegas dan yakin serta gembira menjalankan
tanggungjawab tanpa perlu di arah.

3) BERSEDIA MENGHADAPI CABARAN BARU DENGAN PENUH AZAM
Kita perlulah sentiasa berfikiran positif dalam menghadapi perkara-perkara baru dan
janganlah mudah mengalah. Sekali gagal bukan bermakna gagal selamanya.

4) BERANI MENGHADAPI KEKECEWAAN
Kekecewaan sebenarnya mematangkan diri.

5) BERKEUPAYAAN MEMPENGARUHI ORANG LAIN
Kita hendaklah percaya pada diri sendiri. Sesudah itu orang lain akan percaya pada diri kita.
Kepercayaan ini adalah titik permulaan bagi kuasa mempengaruhi orang lain.

6) SIKAP MENYAYANGI DIRI SENDIRI
Sikap ini dapat membina keperibadian diri sendiri. Kita perlu tahu kekuatan dan kelebihan
yang dimiliki,minat dan arah tuju.

7) TUNJUKKAN RAGAM DAN EMOSI YANG PELBAGAI
Ini bermakna kita berminat menghadapi cabaran dan tidak mudah merajuk!


Aku harap tips yang aku berikan ini berguna untuk panduan blogers semua...

Kata-kata hikmah : Kadangkala kita perlu menangis agar kita tahu dunia ini bukan untuk ketawa. Tetapi kadangkala kita perlu ketawa agar kita tahu betapa bernilainya setitis air mata.
Salam mahabbah bloggers semua.. Sihatkah anda? hehehe.. Firstly, lot of thanks to Ammar coz masih sudi meneruskan penulisan di blognya... Hehehe... Janji tetap janji kan Mar.. Erm baru-baru ni aku pi kat Perasmian SUA kat Stadium Bukit Jalil pada 13hb Disember 2008.. HEPA yang urus.. Siap dapat elaun makan n perjalanan lagi.. Tapi sape-sape yang duk kat area Kuala Terengganui memang best la.. Untung.. Sape yang duk luar lak tak untung sebab skit je dapat claim..huhuhu.. Cian... 400 orang student UDM pi n 10 buah bas yang gerak malam tu.. Tapi tak dek sebuah pun bas UDM. Semua bas luar yang disewa khas untuk 3 hari..

Erm ape yang penting aku nak cite kat korang sume tentang perjalanan pergi ke Kuala Lumpur.. First time dalam hidup aku naik bas gi KL 12 jam..huhuhu.. Kami toloak kul 10.45 malam dan kami sampai kat UM kulm 10.35 pagi..huhuhu.. Lenguh sendi-sendi otot aku.. cam nak tercabut tulang... waaa.. dasyat tu..hehehhe Then b4 gi kat Stadium Bukit Jalil kami sempat ronda-ronda kat Mid Valley.. Tepat kul 4 kami bertolak pi sane.. Semua universiti la yang terlibat..

Erm k la.. da tak reti da kau nka karang pe.. hehehe.. t aku tunjuk gambar.. daaaa....


.:: Wif Pehah b4 going to Mid Valley ::.

.:: Christmas @ Mid Valley ::.

.:: @ SUA Bukit Jalil ::.



.:: Sebelum Perasmian ::.


.:: Maskot SUA yang comel-comel ::.

.:: Team Malaysia ::.


.:: Persembahan ::.

.:: Nyalaan Obor tanda terasminya SUA ::.

.:: TAMAT ::.
Monsoon Cup.. Oh.. Monsoon Cup...
Start : 3-7 Dec 2008
Place : Ri-Yaz Heritage, Pulau Duyung, Kuala Terengganu

Haii friends.. long time not hear bout u all.. How are u actually?? I hope all of u are fine.. Happy holiday.. =) Suke erk korang bile sebut holiday.. Hehehe.. Wut u are doing during diz semester holiday?? erm aku harap korang sume isi mase cuti ni ngan perkara yang berfaedah laaaa....

Mase cuti ni banyak gak la aku pegi program cam KAKS n yang terbaru ni aku sertai monsoon cup buat survey untuk dapatkan feedback daripada orang ramai tentang monsoon cup ni.. Macam-macam reaksi la yang ada.. ada yang setuju ada yang tak.. Siap kene marah pun ada.. Paling truk kene halau.. Malu x payah nak kate la.. Tapi honestly speaking, terengganutians are not so spoting.. Kami bukannye nak jual barang.. Kami juz nak tanya pendapat.. Bukan kene bayar pun if bagi pendapat.. huh.. Aku tak faham la pemikiran mereka... Korang pulak macam mana?? Patut diteruskan atau tak monsoon cup ni??? Pape pun, thousand of thanks for those who give their responses.. Thanks a lot..

Aku tak tau la nak tulis ape.. Tapi aku titipkan gambar-gambar sepanjang survey untuk tatapan korang sume.. Hope u enjoy reading my blog..




.:: Khusyuk mendengar taklimat sebelum start survey ::.

.:: Questionaire ::.


.:: Sebahagian daripada pengsurvey.. hehehe ::.


.:: Permandangan dari Ri-Yaz Heritage, Pulau Duyung ::.

.:: Pengurus kami ::.
- Dari kiri : Jemie, Malini dan Magret -

.:: Breakfat @ Ri-Yaz - too expensive ::.
- RM 9.90!! --> Sandwich, nasi lemak n nescafe o -


.:: Yeahh!! finally.. we got our first sallary ::.

.:: Tamat ::.


Tarikh : 22-27 November 2008
Tempat : Angullia Beach House Resort


.::Sesi Pendaftaran::.



.::Perbincangan RP::.



.::Khusyuk mendengar ceramah daripada penceramah jemputan::.


.::En. Aziz ajar cara nak buat RP::.



.::Juri-juri RP::.



.::Perbentangan RP::.



.::Kamilah Juara!!::.
" Specialist Roti Canai "




.::Peserta KAKS 08::.


Diharapkan agar para peserta mendapat banyak tips-tips untuk menjadi seorang usahawan berjaya suatu hari nanti.. To all my friends.... Best of luck!!!
Salam sahabat-sahabatku yang dirahmati Allah

Aku nak mohon sejuta kemaafan coz da lame x update my blog ni.. Al-maklum aje la musim exam kan. Memang tak dek masa nak g access internet.. Sem ni memang aku kene kerja kuat sket la nak up kan pointer aku.. Tu pasal da tak ambik peduli blog aku ni.. Keciannn.. hehehe.. Nway aku harap teman-teman semua terus setia menyokong aku dalam berblog ni..

Erm honestly aku ada one more paper y plu di habiskan untuk sem ni.. paper Balaghah pada 18 november.. huhuhu.. Lambatnyer.. Cam da x sabar nak balik daa... Tapi aku still stay kat KT sapai 27 Nov coz aku pegi Kursus Asas Keusahawanan Siswa yang dianjurkan oleh HEPA kat Angulia Beach Resort start 22-27 Nov..

Sebelum terlambat, Selamat bercuti kepada sahabat-sahabat semua... Manfaatkalah masa cuti kita ni ngan perkara-perkara yang berfaedah....

Oh Tuhan...
Seandainya telah kau catatkan
Dia milikku tercipta untuk diri ku
Satukan lah ahtinya dengan hati ku
Titipkan lah kebahagiaan

Ya Allah, ku mohon
Apa yang telah Kau takdirkan
Ku harap dia adalah yang terbaik buatku
Kerana Engkau tahu segala isi hatiku
Pelihara daku dari kemurkaanMu

Ya Tuhanku, yang Maha Pemurah
Beri kekuatan jua harapan
Membina diri yang lesu tak bermaya
Semaikan setulus kasih di jiwa

Ku pasrah kepadaMu
Kurniakanlah aku
Pasangan yang beriman
Bisa menemani aku
Supaya ku dan dia
Dapat melayar bahtera
Ke muara cinta yang Engkau redhai

Ya Tuhanku, yang Maha Pengasih
Engkau sahaja pemeliharaku
Dengarkan rintihan hambaMu ini
Jangan Engkau biarkan ku sendiri

Agarku bisa bahagia
Walau tanpa bersamanya
Gantikanlah yang hilang
Tumbuhkan yang telah patah
Ku inginkan bahagia
Di dunia dan akhirat
PadaMu Tuhan ku mohon segala

Lepas raya.. raya.. then raya lagi.. huhuhu.. Dah tu bile lak nak pose ni?? Ha!! sebut sal pose ni, aku nak tanya sahabat-sahabat semua... da habis ke pose 6??? Lau yang da habis tu, mabruk.. Bg yang belum tu, cepat-cepat la.. Syawal da nak habis da... Aku?? Jangan di tanya laaa... Beres semua.. alhamdulillah... hehehe...

sebenornye aku nak story sal jamuan raya kat umah Ustaz Aziz, Pengerusi ABADI je.. terpanjang la plak.. hehehe.. Mase ni la nak jumpa kawan-kawan lame.. Sonok.. Banyak cite.. Masing-masing pun da banyak brubah.. Mase aku g tu sempat la jumpe Dila, Lina, Enon, Biha, Mc Chek, Iza, Sarah Sudin, Akid n ramai lagi boys yang tak tersebut name..

Pape pun syukran jazilan kat ABADI kospint yang menganjurkan majlis ni.. Lau tak memang susah nak berkumpul jumpa kawan-kawan lame. al-maklum aje la masing2 da wat hal masing2...




.:: Kawan-kawan lame yang still contact ::.

- Aku, Dila, Iza, Zie, Syida -


.:: Batch SPM 05 with Pengerusi Abadi ::.

.:: Dilla yang ceria sokmo ::.

.:: Dicelah2 manusia ade gak muke aku..hehehe.. ::.


.:: Iza dan Zie ::.

.:: Gulrz Batch 2001-2005 ::.


Universiti Darul Iman Malaysia
Impian menjadi realiti
Cipta keagungan tamadun gemilang
Demi bangsa dan kedaulatannya

Universiti Darul Iman Malaysia
Menjadi kebanggaan kita
Budaya cemerlang berwawasan
Melahirkan sarjana terbilang

Ilmu demi faedah insan
Menjadi rahsia di muka bumi
Di lautan biru di langit yang tinggi
Menjadi kebesaran mu

Universiti Darul Iman Malaysia
Banggaku menjadi wargamu
Terus cemerlang mencipta kejayaan
Demi agama bangsa dan negara..
Salam semua.. hai hai hai.. Lame x tulis lam blog ni... Hehehe.. =D Faham2 aje la... aku ni bukan cam Kak Ika yang rajin p surf tenet untuk tulis blog. aku pun bukan rajin cam ima y salu g maktabah untuk update anti-virus.... Aku ni...........aku la... Hehe..

Well, I hope all of u are always in good health.. Now, sempena duk umah n dapat line tenet yang bagus ni, aku nak ambik kesempatan untuk ceritakan wut happened selama aku menghilangkan diri.. hehehe.. let me story u.....

1) RAYA @ RUMAH DR ROHAIZAN BIN BARU .:: Head department of AQSA ::.

Jamuan raya untuk warga AQSA di rumah ketua program pada hari Isnin 7 Oktober 2008
Makanan best2.. Semua yang aku x pernah makan.. hehehe..
Semoga tautan ukhuwan ini sentiasa mekar walau berpisah semillion batu sekalipun.. =)



.:: Antara yang hadir ::.


.:: Kami yang ceria sokmo di mana berada ::.


2) BESDAY SAFARIAH @ SAA

Selamat Hari lahir yang ke-20 Saa.. semoga panjang umur dan berjaya selalu.. Oppss lupa n
bahagia bersama ehemmmm...... hehehe

Jumaat 10 oktober 2008 @ Rumah Saa



.:: Geng2 puang yang hadir memeriahkan majlis ::.



.:: Boys are eating ::.


.:: Nak satu..... huhuhu ::.

.:: Besday gurl - Safariah ::.

Ok guys.. cukup2 la dlu erk.. hehehe.. Aku nak tengok blog2 rakan blogger yang len.. Nak cari ilham sket.. Wa akhiran, kullu yaum wa antum bikhair..... Ma'a salamah...
Assalamualaikum sahabi-sahabi kareem, sahabi-sahabi mahbub, sahabi-sahabi salahin, sahabi-sahabi jadid... hehehe n sape2 je la yang rajin menziarahi blog aku ni..huhuhu

Erm aku nak promote sket ni.. jom la ramai-ramai kita pakat bace Novel bertajuk "TIKA RINDU BERLAGU" karangan Lily Suriani a.k.a mak su aku..hehe.. Best giler aku cakap.. Memang la aku yang cakap dah ni blog aku..hehehe..

Jap jap.. Aku nak letak gambar cover depan novel ni.. Jap ye...

Haa!! Ni la novel yang aku cakap tu.. Beli la.. Tak rugi...

Novel ni mengisahkan.........
KESUNGGUHAN Naim mempamer cinta membuatkan Adila mula melakar mimpi. Malamnya disinari kerlipan bintang. Siangnya pula sentiasa dihiasi pelangi. Kalaulah begini indah perasaan dilambung cinta, dari dulu lagi dilagukan rasa rindu. Biar bergema di seluruh alam.

Tiba-tiba mimpi yang indah itu hilang. Perginya tanpa meninggalkan sebarang jejak. Terpisah dengan Naim menjadikan Adila seperti tidak keruan. Dia mencari dan terus mencari hingga akhirnya lelah sendiri. Jiwanya kacau, fikirannya bercelaru. Kemunculan semula Naim seakan terhenti putaran bumi. Sukar untuk Adila menerima hakikat yang namanya tiada dalam ingatan Naim. Namun, demi cinta yang harus dipertahankan, dia tidak akan sesekali mengalah. Sekali janji dilafazkan, dia rela dirinya diibaratkan perigi mencari timba. Cuma, tegakah hati untuk menerima? Ahh... Susahnya membina mahligai bahagia!
TIKA RINDU BERLAGU

Harga: RM19.90
Penulis: Lily Suriani
Halaman: 480

Beli tau.. Jangan tak beli... Hehehehe... Then pas korang bace novel ni if korang puas hati ade lagi 2 novel yang mak su aku tulis.. Jap ye..

.
.:: Her first novel ::.
Fatin Nabila berprinsip, lelaki yang keluar dengannya akan menjadi suaminya......


.:: Her second novel ::.
Sekali dia melafazkan cinta, mengapa Firas sanggup melakukannya??

Ha.. Ape tunggu lagi??? Hehehehe

p/s : buat my sayangness Mak Su, congrates!!! TRB best sangat2.. Boleh menangis dan begelak ketawa bersamanya.. Next novel must be da best among three of ur novels.. Best of luck Mak Su!!

Salam sahabat-sahabat sekalian..

U all tau...
Mawi tak akan dapat membela bangsa kita mahu pun
mendidik anak-anak kita menjadi insan yang soleh..dia
sendiri pun hanya dapat gred 3 SPM...

hanya media yg berjaya menyeret dia untuk meraih rezki
yg kebenyakan ulama mempertikaikan status halalnya...

dari seorang yg kononnya berakhlak dan beragama dia
dibentuk menjadi seorang yg bebas dari belenggu
syariat...

namun tangan0tangan kotor telah berjaya menyarungkan
jubah konvo yang hanya layak di pakai oleh insan yang
cemerlang dalam pendidikan...

tidak hairan para remaja mula berhujah: " masuk
universiti tak dapat keje..

apa ada pada nilai ilmu?... Mawi dpt Gred 3 SPM pun
boleh konvo jugak..
lebih kaya dari lulusan universiti"... ..sukar untuk
menjawabnya.

Nun di sana..ada seorang insan comel..bernama Adi
Putra...
punya kecemerlangan dalam bidang Math yg sukar dicapai
oleh walau seorang siswa...

beliau dgn petah memberitahu bahawa dia ingin menjadi
seorang
Profesor Mathematic Islam, dia sangat taat dalam
agama..

tekun dalam mempelajari syariat Allah... namun tiada
pihak "media" dan "pemimpin" kita ambil peduli...

bahkan dicari pula kelemahan Adi yg kononnya hanya
terer dlm satu bidang saja..
perlu diingat..profesor universiti pun hanya pakar
dalam satu bidang saja... mana ada pakar doktor
perubatan dlm masa yg sama adalah pakar
kejuruteraan?...

tapi atas keinginan untuk mengenepikan Adi...
berbagai alasan di buat... akhirnya keluarga Adi
terpaksa mencari arah sendiri dalam menentukan masa
depan pelajaran dan cita-cita Islam Adi...

Muncul pula adik Nor Amiira... yg berjaya menghafal 30
juz Al Quran seusia 10 tahun ... dia mula membaca dan
menghafalnya ketika usia 5 tahun... dalam satu
pertandingan hafazan dia telah mendapat tempat kedua
...

peserta semuanya berusia 15 tahun ke atas... cerita
itu terus sepi... "media" dan
"pemimpin" kita tidak berminat mempopularkan tokoh2
kecil ini... tiada juga bantuan yg diberikan...

tetapi perlu diingat: ada insan seperti amalina yang
mendapat 17A SPM telah diberikan penghormatan yg
tinggi dan biasiswa untuk belajar di luar negara

( sekarang dah tak pakai tudung), tak kurang juga
Sophia yg duduk di London tu mendapat juga
penghormatan negara..di jaja ceritanya tak habis-habis
di TV kita suatu masa dulu yg sekarang kabarnya dah
murtad.

Ok juga media dan pemimpin kita kan?...

Inilah yg perlu kita cari titik perbezaan dan
persamaannya... sama-sama kita renungkan:

Adi dan Amira membawa cita-cita keislaman dan bakal
membawa pembaharuan jika di beri peluang... maka
mereka tidak mendapat apa-apa preveilege.

MAWI

membawa bangsa kita leka dan nyanyuk maka dia mendapat
tempat dan penghargaan.

Amalina dah jadi bahan jajaan putri UMNO dan dah pun
tak pakai tudung lagi...
sama dgn Mawi..maka dia tidak lagi membawa apa-apa
mesej Islam...

soa boleh di sokong.

Sophia ( bukan warga kita) mak melayu ayah org asing
juga mendapat layanan dan kemuliaan sebab tiada
membawa apa2 mesej ISlam... so mesti di beri sokongan.

Dengan itu dapatlah kita faham... ..bangsa kita ini
hanya akan memuliakan anak-anak kita yang berjaya
dalam "hiburan' dan " menolak syariat".

Bagi anak-anak yg bakal menyedarkan Umat ...awas !!
anda adalah musuh bangsa dan negara ini..

apa pandangan anda?...
Salam sahabat-sahabat semua..
Sedar tak sedar da hampir penghujung Ramadhan dah pun kita ni kan... Sekejap je rasa Ramadhan tahun ni.. Da hampir nak meninggalkan kita pun.. Papehal semoga ramadhan tahun ni membawa sejuta rahmat dan maghfirah ke dalam hidup sahabat semua..

Sempena bulan yang mulia ni, ana ambik kesempatan nak mohon maaf kepada semua sahabat ana tak kira jauh atau dekat, lame atau baru.. selamat menyambut Hari Raya Aidil Fitri.. Maaf Zahir dan Batin...


Hai hai hai.. Bertemu kembali... Ops.. Lupa la.. Salam Mawaddah...

Satu hari di waktu malam?? Hehehe.. Kami ( Aku, Wani, Ain, Naimah dan Ikin ) Pergi makan-makan kat Sriwangsa Seafood.. Best jugak makanan kat situ.. B4 makan n masa makan sempat lagi bergambar tu.. Hehehe.. Tak jauh pun.. Juz depan UDM ni jer.. Saje.. Da boring makan kat cafe kat kampus ni.. skali skala ubah slera pe salahnye.. Huhuhu...


.:: Jalan-jalan + makan-makan = jalan-jalan cari makan ::.


.:: Makanan kami = Besssttttt + yummy yummy yummm::.


.:: Situasi ketika dan selepas makan ::.


Salam...

Tanggal 26 Ogos 2008 iaitu pada apgi Selasa, kami semua pelajar UDM dikerahkan ke Dewan Al-Muktafibillah Shah (DABS) untuk mendengar amanat dari Kementerian Pengajian Tinggi (KPT). Ini la first time aku tengok DABS penuh dengan ribuan pelajat sampai duk kat tangga.. Fuhh.. Hebat... Kelas pun dibatalkan pada pagi tu...

Masa manunggu ketibaan VIP, kami sempat didendangkan dengan dikir barat dan macam2 la.. Sronok jugak..hehehe.. Tapi mengatuk la.. Tu tak tumpu sangat.. Biasa la awal pagi..

Tepat jam 9.00 pagi VIP tiba, nyanyi lagu Negaraku dan lagu UDM.. Then dengar amanat dari KPT secara langsung dari UKM.. Tersekat-sekat lak tu.. Aduhhhh.. boring nyer.. 45 minutes later habis la ucapan tu n berduyung2 la student keluar.. Tamat la kisah Selasa yang boring... daaaa..